Stars and Hearts

Pages

Saturday 7 March 2015

♥Qeera 4th Birthday Celebration♥

Diam tak diam, dah 4 tahun umur anak Mommy ni..masih terasa lagi kesakitan saat melahirkan dia..25 jam bertarung melawan kesakitan contraction selepas Mommy selamat di'induce'kan...untuk lebih detail pengalaman Mommy melahirkan Qeera, boleh refer SINI..

Kali ni, aku nak ceritakan persiapan dan sambutan hari jadi Qeera dekat sekolah dia...di Brainy Bunch International Islamic Montessori, Pandan Indah Branch. Thanx to all aunties sebab tolong Mommy organised birthday party untuk Qeera..


 ♥Happy birthday My Princess Syaqeera Ismarissa Syahrul Isnahar..Mommy, Papa and baby Dhani love you so much..semoga menjadi anak yang solehah, bijak pandai, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik..

 ♥Okay..bila dah buat bithday party tu, mestilah nak kena ada goodies bag kan..so, sebulan sebelum majlis, Mommy dan papa gagahkah angkut Qeera and Dhani pergi Plaza GM Chow Kit untuk cari apa yang nak letakkan dalam goodies bag tu nanti..
Apa yang kami dapat di sana?

1) Plastik bag Dora the explorer..konon temanya Princess Sofia the first as requested by Qeera, tapi tak ada lah bag Princess Sofia..1 pack ada 50 pcs = RM9

2) Puzzle design Mickey Mouse, Doraemoon & Pooh..1 pack ada 30 pcs = RM12

3) Color Picture..yang ni senang jer kalau nak warnakan..hanya menggunakan air..basahkan berus yang disediakan kemudian sapukan pada lukisan..automatic lukisan akan berwarna ikut warna yang sesuai....1 pack ada 30 pcs = RM12

4) Birthday Horn Blower...1 pack ada 50 pcs = RM7

 ♥Selain itu, kami beli jugak candies dan air..baru meriah sikit goodies begnya...

1) Mineral Water Cactus 230 ml..satu kotak ada 48 pcs = RM10.90

2) Eyeglass Candy..satu kotak ada 40 pcs = RM5.20

3) Pudding Jelly..1 pack ada 45 pcs = RM4.50

4) Apollo Wafer Stick..1 kotak ada 30 pcs = RM4.90

♥Makanan ni kami beli 2 hari sebelum majlis..beli awal2 nanti habis pun awal lah..hehehe..kami beli di Checkers Hypermarket, Cheras..


Okay, pada 2 March 2015 (Monday), pagi tu aku hantar dulu dia pergi school..sebab lepas tu nak kena pergi ambil Cake di Taman Melati dan Kuih Apam Polkadot di Setiawangsa..memang sengaja hantar dia pergi school sebab nak surprise konon datang bawa kek nanti..tapi dia macam dah syak kot sebab dia nampak goodies bag banyak2 dalam kereta..

Lepas dah ambil cake and Kuih, terus kami balik ke Pandan Indah dan terus ke school Qeera..tepat jam 10.30 pagi seperti yang dijanjikan dengan Branch Manager, kami pun sampai..malu-malu Qeera bila nampak mommy and papa...

 ♥Sementara menanti auntie siapkan meja untuk potong kek dan all student datang berkumpul..

 ♥Qeera dah ready nak potong kek ni...kawan2 pun dah tak sabar nak makan kek..kek tema Princess Sofia the first memang requsted by Qeera..aku bagi pilihan sama ada nak kek Frozen or Sofia, dia pilih sofia..

♥Kek ni aku order dari Ambitionn Bakerss..boleh click pada link..kek dia sedap dan design dia semua cantik-cantik dan kemas..untuk 1 kg RM95..

♥Then kuih apam polkadot ni order dari kawan mak mertua aku..sedap dia buat..dalam kuih apam ni ada coklat melting lagi..kawan-kawan Qeera laju je makan..sedaplah tu kan...kakak ni memang buat catering..dia masak apa sahaja memang sedap..paling aku suka roti jala dia..hee..nak order boleh order dengan dia... Cik Wati - 013-2647728 (Keramat)..harga polkadot apam ni RM75 untuk 150 biji @ 50 sen sebiji..



♥Video masa birthday song untuk Qeera..meriah kawan-kawan dia nyanyi ramai-ramai..Qeera teruja sampai tak terkata..hee...

 ♥Dah habis nyanyi..family photo taken by Auntie Aini, Branch Manager BBIM Pandan Indah..tapi aku ralat lah terlupa nak ambil pic Qeera dengan aunties dia and kawan-kawan dia..almaklumlah..first time buat kan..so mommy syok sendiri..hee...

 ♥Okay, now time potong kek..nasib auntie Aini tolong potong kek untuk bagi pada kawan-kawan Qeera..harapkan mommy, hancur kek tu nanti..heheh...

 ♥Dah potong kek, masa untuk makan pulak...rajin aunties suapkan kek pada student2..

 ♥Lepas dah makan, sebelum masuk kelas balik..Qeera bagi goodies bag pada kawan-kawan pulak..sorang-sorang dia bagi..

 ♥Lepas dah habis kat school, mommy terus bawa Qeera balik..pergi celebrate makan kat luar pulak..papa belanja makan di Secret Recipe..favourite Qeera.. ice blended chocolate & Macaroni Cheese..

 ♥Lepas makan..terus balik rumah...tak sabar betul dia nak buka birthday present from mommy..tengok Dhani nak buka jugak..sampai panjat-panjat tu..nasib mood kakak Qeera tengah baik..kalau tak, mau kena tolak tu..hahaha...

♥Punya excited dia dapat present dari mommy..walau pun tak seberapa, janji dia happy kan...


Hmm..memang terasa sangat cepatnya masa berlalu..pejam celik dah 4 tahun..lepas ni UPSR, lepas tu SPM.. masuk U, kerja, kahwin... hahaha... sekali lagi happy birthday sayang mommy Qeera... mommy love you so much..



No comments:

Post a Comment