Stars and Hearts

Pages

Tuesday 23 June 2015

♥Tips memasak dengan cepat untuk superbusy mommy..Part 2♥

Tips lagi? Macam syok pulak bagi2 tips ni untuk kegunaan bersama..tips ni sebenarnya hasil dari TIPS yang sebelum ni..saja aku nak share apa kesinambungan dari tips aku tu..betul2 berguna ker? hahaha...

 ♥Okay..ini additional tips aku lupa nak share hari tu..untuk memudahkan korang memilih menu, letak label menu menghadap depan..jangan letak atas tutup bekas..ini memudahkan korang nak buat pilihan menu tanpa perlu menarik bekas satu persatu untuk pilih menu..just duduk depan freezer tu, dan pilih..hee...♥


♥Ini antara experiment aku yang berjaya dengan Tips mudah memasak ni..boleh refer dalam entry Tips memasak dengan cepat untuk ibu yang superbusy..Part 1..
Ini antara hasilnya.. aku keluar dari office pukul 5.25 pm --> sampai rumah pukul 6.10 pm --> tempat pukul 6.50 pm..aku dah siap masak..yiehaa..sempat untuk berbuka okay..make sure, sebelum pergi kerja, korang dah keluarkan menu korang letak dekat chiller..so process defrost dapat dijimatkan..


♥Ini lagi experiment aku..keluar ofis pukul 4.40 pm--> sampai rumah pukul 5.30 pm..pukul 6.40 dah settle masak Ayam Paprik & Sup Tulang..kalau masak paprik tu kejap jer..tapi sebab sup tulang tu kena tunggu daging lembut kan..tu yang amik masa sikit..TAPI, still boleh manage siap before berbuka okay...

 ♥Ini antara Tips lagi..frozen food..since anak2 aku suka sangat makan lasagna / cheese macaroni..bila weekend tu aku dah siap2 kan masak, letak dalam bekas aluminium, dan letak dalam freezer untuk di frozenkan..so, bila balik kerja, defrost kan sekejap dalam 15 minit, lepas tu bakar 30 minit..dah siap..untuk resepi lasagna ni, boleh refer SINI..


Hmm..ini sekadar perkongsian aku..tiada niat untuk menunjuk-nunjuk..moga sedikit tips ni dapat dikongsi bersama untuk yang memerlukannya..sharing is caring kan..hee...sampai ketemu lagi yer..

♥Persiapan untuk Majlis Aqiqah & Dhani 1st Birthday♥

Entry kali ni adalah kesinambungan dari entry pasal majlis Aqiqah & 1st Birthday Dhani..since ramai yang cakap rajinnya mommy buat candy table sendiri, goodies bag sendiri..so aku sajalah nak share dengan lebih detail escpecially pasal candy table aku yang tak sempat nak ambil pic beriya..hahaha..

Kebetulah masa tengah buat persiapan tu aku ada snap pic barang2 yang aku letak kat table tu, so boleh lah jadikan bahan bukti..hahaha...

♥Ni jelah yang sempat di snap kan..itu pun tak sempat letak birthday cake..huhu..Banner design by adik ipar aku..Darul Design..belon..mommy yang tiup..nasib baik 10 biji jer..kalau tak jenuh sampai kembung pipi..huhuhu...

Okay..meh aku share kan sedikit barang2 yang aku letak atas candy table tu..mana tahu boleh tolong korang jadikan rujukan..yelah, dari tempah pada orang, baik buat sendiri..lebih murah dan puas hati..

♥Air mineral & Susu Kotak dutch lady..aku letak 6 botol mineral & 8 kotak dutch lady jer..kedekut tak mommy? Hahaha..actually untuk hiasan jer..so, siapa cepat dia dapatlah..hehehe...

♥Appolo Wafer stick..aku letak dalam bekas putih ni..bekas ni beli kat kedai kahwin dekat Sarah Hughes @ Globe (Level 6), Jalan TAR..seronok aku pergi situ..murah2 jugak barang2 dia..

♥Ni lah rupanya Appolo Wafer stick tu..kot2 ada yang tak dapat bayangkan..haha...

♥Lollipop..aku letak dalan bekas pensil yang ada frame..beli dekat Mr. DIY..depan bekas ni..frame dia aku letak pic Dhani..tapi, masa ni pic belum cuci..hahaha... 

♥Ni lah rupa lollipop nya..sedap kot aku tengok berebut-rebut budak2..tapi ada 50 batang jer..

♥Keropok Cheese Double Decker..keropok ni pun aku letak dalam bekas putih yang sama dengan Wafer Stick tadi..

♥Jelly stick..yang ni aku letak dalam balang..

♥Oreo in a cup..aku letak 3 pcs Oreo dalam cup ni..lepas tu susun dekat cupcakes tier..cupcakes tier ni beli dekat Mr. DIY..

♥Birthday cake from Secret Recipe..Cake stand ni actually dulang untuk orang letak hantaran..tapi aku rasa cantik plak letak cake..hee..stand ni beli dekat Sarah Hughes jugak..


♥Ni untuk sticker pada semua makanan kat atas candy table tu..Purple tu Dolly Paper..beli dekat Sarah Hughes tu..sticker pic mickey tu, adik aku design kan then aku print atas A4 paper..pastu tampal atas Dolly Paper..

♥Antara bahan-bahan yang aku gunakan untuk buat persiapan majlis..

♥Okay, sekarang aku nak cerita pasal goodies bag pulak..apa yang aku bagi untuk kanak-kanak / toddler..Apollo Wafer Stick, Keropok Jagung Bin Bin, Blower Horn & Mini Puzzle..

♥Hmm..nilah goodies dah siap..paper bag aku buat sendiri okay..asalnya aku dah beli brown paper bag yang biasa orang guna untuk letak makanan macam goreng pisang / cekodok tu..tapi paper bag tu kecik..mini puzzle yang aku nak bagi ni besar sikit jer..jenuhlah cari paper bag yang lain, tapi tak jumpa dan tak berkenan..akhirnya aku decide buat sendiri..

♥Memang struggle aku buat wei..dalam 3 jam dapat 100 bag ni..kertas putih ni aku beli kat mydin jer..lebih murah buat camni..tapi penat sikitlah..

♥Dah siap paper bag, struggle masukkan pulak barang2 nya..

♥Ni lah mini puzzle nya..ada dua design..mickey mouse and frozen..

♥Keropok Jagung Bin Bin..

♥Apollo stick macam wajib je kan..haha..

♥Blower horn..

♥Proses memasukkan barang2 dalam paper bag..aku buat seorang jer..satu hari dah siap..anak2 semua mommy hantar pergi school..haha..

♥Hah..nilah brown paper bag nya..since dah beli, mommy pun guna jugaklah..aku buat tambahan dalam 30 bag untuk cover mana yang tak cukup..dalam paper bag ni ada eyeglass candy, jelly stick, keropok jagung Bin Bi n dan sekali lagi Apollo Wafer Stick..hee..

♥Rajin tak mommy siap tampal reben okay jadi pemegang..senang nak bawa nanti..

♥Ni pulak goodies bag untuk orang dewasa...

♥Aku letak coklat Daim, Snikers & Mars dalam paper cup kecil tu..set dia memang dia siap bagi plastik dan pengikat..beli dekat Sarah Hughes jugak..

♥Fridge magnet..design yang sama dengan banner..tak tahu nak bagi apa sebagai kenangan. survey2 jumpalah FM ni..macam tengah trend sekarang ni..

♥Akhir sekali, bekas untuk set cukur jambul..along aku yang tolong hiaskan..gunting pun ikut tema purple okay..hahaha..

Tu jelah yang aku nak share kan dengan you all..bukan apa, saja bagi semangat kat korang ni..lebih baik buat sendiri sebab lebih jimat dan puas hati..nak kata tak ada masa..aku pun busy kerja jugak..tapi curi2 masa jugak buat time weekend or malam lepas balik kerja tu..sekarang ni semua barang dah mahal..jadi mana yang boleh kita jimat tu, kita jimatlah yer..hee...sekian..

Friday 19 June 2015

♥Majlis Aqiqah & 1st Birthday for Dhani - 6 June 2015♥

Salam semua..pada yang mengenali blog saya ni..dan mengikuti blog saya ni..(kalau adalah..aku perasan macam ada..hahaha...)..ok, mesti korang kenal anak aku Qeera kan..yelah, blog ni pun aku guna sempena nama dia..

Erm, tapi, pada yang tak tahu or tak perasan, Qeera dah ada adik lelaki setahun yang lalu..nama diberi, Syahdhani Ismarizqi Bin Syahrul Isnahar..panggil Dhani saja..jarang-jarang sangat kan aku cerita and sebut pasal Dhani ni..hee..kesian anak mommy yang seorang ni..dah umur setahun baru mommy nak introduce kan kat blog mommy kan..hee...

Dhani lahir pada 2 June 2014..dah setahun baru sempat nak buat Aqiqah dia..kakak Qeera dulu habis pantang terus mommy buat Kenduri Aqiqah dia..anak sulungkan, tu yang terlebih excited..hahaha..I'm so sorry sayang Dhani..jadi, demi menebus rasa bersalah mommy ni, mommy tambah extra untuk Dhani..dah alang2 dia umur setahun kan, mommy plus kan Majlis Aqiqah Dhani dengan buat Birthday Party sekali..yeehaaa...


Ahlamdulillah..persiapan untuk majlis ni memang kurang dari 2 bulan jer..tetapi, berjalan dengan lancar..lega sangat2..

Ni dia birthday boy kita..dengan Dhani ni, memang rasa sekejap sangat masa berlalu..tahu2 dah besar dia..warna tema kali ni purple..jubah ni aku order dari adik Farhana ni..aku jumpa kat Facebook jer..nama FB dia 'JUBAH LELAKI DAN KANAK KANAK'

Acara di mulakan dengan Marhaban dan selawat..nasiblah Dhani behave sangat bagi kerjasama..tak meragam pun..sebab cukup tidur kot..sebelum group marhaban datang, dia dah tidur puas-puas..hee..

Tengok..dia diam jer bila orang gunting rambut dia..mesti dia hairan apalah semua orang ni buat dekat dia kan..

♥Habis Dhani kena gomol dengan peminat ni..hee..♥

Kakak Qeera pun nak renjis bunga rampai kat Dhani..hee.. 

Okay..ni dia group marhaban dari Taman Keramat..satu bas dia bawa..mak tok Dhani yang arrangekan untuk Marhaban ni..siap sewakan bas..ni group Marhaban mak tok Dhani..

Antara yang bersama group marhaban..datang memeriahkan majlis..terharu sangat-sangat..

Okay..sesudah jer majlis marhaban dan selawat, kita potong birthday cake and nyanyi birthday song for Dhani..terkulat-kulat dia sebab tak faham lagi..hahaha..(Notes: Candy table ni aku yang design tau..hee...)

Selepas zohor, kami invite orang Surau untuk buat tahlil dan doa selamat pulak..sempena nak sambut puasa jugak kan..

Erm..kalau dah cakap buat kenduri Aqiqah, mestilah ada kambingnya kan..kambing golek ni kami ambil dengan Dr. Grill..kawan husband aku yang introduce kan..rata2 kata kambing dia sedap..

Antara tetamu dan kawan-kawan yang hadir..tq you all sudi memeriahkan majlis kami..ni kawan2 office papa Dhani..

Ni pun kawan-kawan office papa Dhani..isteri2 diorang dah jadi kawan aku pulak..haritu kami gi Bandung sama2..terus jadi rapat..

Kawan-kawan papa lagi..

Ni kawan-kawan mommy..

Kawan-kawan atok & mak tok pulak..

Ahli keluarga kami..terima kasih kerana sudi datang..ada yang datang jauh dari JB / Muar..love you all okay..

Adik beradik aku..sayang sangat..tq datang lagi2 adik aku perut boyot pun sanggup datang dari Taiping sana..

Sepupu2 Dhani..kakak Qeera sampai tak nak keluar rumah dan bergambar sebab nak main ngan sepupu2 dia ni..penat jer mommy tempah baju ala2 princess gitu..gambar dia tak ada yang cantik pun..

Menu catering aku ambil dengan jiran mak mentua aku kat Keramat..memang marvelous masakan dia especially sambal sotong kering..memang aku yang request menu ni..favourite aku..hee..order  menu ikut selera sendiri..hahaha...

Acara terakhir pada hari itu..potong cake untu family yang lahir bulan June..ni antaranya..patut baby Dhani ada sekali, tapi dia dah tidur dah..penat sangat tu..

Hari majlis tu masing-masing sibuk melayan tetamu..memang tak sempat pun nak bergambar cantik2..so, mana yang ada jelah..frust jugak..huhu..

Ni lah candy table design by aku..ok tak? Boleh buat bisnes ni kan..hee..nak tempah orang lain buat, aku rasa macam tak berbaloi okay harga dia..baik buat sendiri, puas hati dan tak banyak modal pun sebenarnya..

Tak sempat nak ambil pic cantik2..habis dan dikebas budak2..yelah, memang untuk diorang pun kan..sekelip mata licin table ni sesudah Dhani tiup birthday cake..

Okay, ni pulak goodies bag untuk dewasa..kali ni aku bagi coklat, telur dan fridge magnet..kebetulan husband aku ada kursus kat Langkawi 2 minggu sebelum majlis, so aku suruh borong coklat Daim / Snicker & Mars Mini..fridge Magnet pulak aku order dari NASUHA DOORGIFT..

Ni pulak goodies untuk budak2..

Ni pun goodies untuk budak2..tapi aku tambah Puzzle..untuk kanak2 yang kecil sikitlah or toddler..yang dah darjah 4 / 5 tu, aku bagi yang brown paper bag..tak kan dah besar nak main puzzle mini kan..tak mencabar langsung..hee..

Nilah wajah2 orang kuat majlis dan juga yang banyak membantu kami untuk menjayakan majlis baik sebelum majlis mahupun selepas majlis..terima kasih banyak yang tak terhingga diucapkan..love you all..muaahhhh..


Alhamdulillah...Selesai sudah majlis kitorang hari tu dengan jayanya..majlis berjalan dengan lancar..sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu/ saudara-mara & rakan-rakan yang sudi memeriahkan majlis kami..tidak dilupakan juga pada yang tidak dapat hadir tetapi mendoakan kesejahteraan putera kami..juga pada mereka yang memberikan birthday present and duit untuk Dhani..diharap you all semua berpuas hati dengan juadah dan goodies dari kami...