Skip to main content

♥Weekend Gateway at Primaland Resort Port Dickson♥

Sempena cuti hari Wilayah hari tu, aku bawa anak-anak pergi bersantai di Port Dickson (PD)..ni memang last minute punya plan lah..tetiba jer rasa nak pergi..Hari Wilayah jatuh pada hari Ahad, so cuti diganti pada hari Isnin, 2 Feb 2015. Tapi, aku malas nak bersesak-sesak nanti, so aku amik cuti awal pada 30 Jan 2015, hari Jumaat..memang syok jalan time orang tengah kerja..jalan sangat lengang...hehehe...

♥Kami keluar awal pagi..dalam pukul lapan..konon macam nak pergi kerja jugaklah..hehehe...tapi jalan tak jammed pun sebab dari Pandan Indah, kami ikut Highway Loke Yew, terus masuk jalan Sungai Besi..jalan memang sangat clear..kami sampai di PD lebih kurang pukul 10 pagi..

♥Dari KL, kami terus direct pergi Primaland Resort Convention Centre (PRCC) ni..motif pilih tempat ni sebab ada water park..kan Qeera suka activity mandi manda ni..sekarang, adik dia pulak ikut jejak langkah dia...

♥Ni ticket price dia..dekat sini ada dua sesi untuk masuk..kalau nak masuk salah satu sesi pun boleh, nak masuk kedua-dua sesi pun boleh..tapi pukul 12 tu kena keluar dululah..

♥Harga tiket dia untuk dua sesi bagi dewasa RM50, kanak-kanak RM30..tapi aku dah beli siap2 tiket untuk aku dan husband di Groupon, so dapatlah RM36 seorang untuk 2 sesi..dah jimat RM14 kan..so, penjimatan tu dapat cover tiket Qeera..

♥Kenapa aku beli tiket asing2? Bukan ker kalau book dekat sini terus dapat masuk water park ni? Hehehe..sebab nya aku dapat price bilik ni murah sempena Flash Deal dari Agoda.. dapat RM120 jer per night..tapi room only lah..breakfast tak ada..tiket tak ada..so, pandai-pandailah korang kira yer mana lebih jimat..hehehe...

♥Sampai jer kat PRCC ni..redeem tiket kat kaunter tiket water park..dan terus masuk untuk mandi manda...tengok..lengang kan..tak ada orang..macam tempat ni kami sewa khas..hahaha...

Papa bersama anak-anaknya..buka main lagi seronok Qeera dapat swimming..♥

Syok betul Qeera and Dhani time ni..langsung tak ada orang tau..kitorang jer..tapi time ni cuaca panas sikit..since sesi pagi tutup pukul 12 kan, so kami pun keluarlah..boleh buat apa-apa yang patut...solat, makan tengah hari, berehat...♥

♥Lepas keluar dari water park, terus pergi tapau lunch kat area Teluk Kemang, then terus check-in..since tak ramai orang menginap, bolehlah check-in awal pukul 1 petang...

Kami ambil studio room..ada 2 single bed..so, kami rapatkan katil tu jadilah Queen bed..tapi rasanya katil dia super single kot..sebab besar..♥

Lepas check-in, kami berehat2 jer..solat, makan, tidur kejap..dalam pukul 5, kami turun balik untuk sambung mandi..tengok si Dhani, macam dah besar je kan..hee...♥

♥Santai habis baby Dhani ni...relax naik pelampung boat dia tu..orang memang tak ramai..so sangat tenang..dia main sorang2 jer..mommy panggil pun dia buat tak tahu jer..hahaha...

♥Lepas maghrib, kami keluar makan malam di Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood kat area Teluk Kemang..senang jer nak cari restorang ni..kalau dari arah bandar PD, dia belah kiri..senang jer nak cari sebab dia sederet dengan pasaraya Mesra, Hotel Mesra dan Klinik Mesra..satu owner kot..

Menu kat sini ada macam-macam..kalau susah sangat nak pilih, ambil jer set..macam yang ni, RM300 per set..ada 8 jenis hidangan..boleh pilih nak masak apa untuk setiap jenis hidangan / lauk..♥

♥Pakej B : RM180
Pakej C : RM200♥
Pakej D : RM250♥ 


♥Pakej A : RM140
Kalau tak nak ambil pakej, boleh ambil ala-carte..ada daging / ayam  yang pelbagai jenis masakan..♥
Tak nak makan nasi, boleh order mee / bihun / kuewteow...♥ 
♥Tomyam pun ada pelbagai jenis lauk jugak..korang just pilih jer yer..pastu jangan lupa bayar..hahaha...
Makanan laut segar ada banyak pilihan..memang segar betul..just pilih jer, dan bagitahu mereka kita nak masakan jenis apa..♥
Minuman panas / sejuk serta jus buah segar pun ada jugak...♥ 

♥Selain makanan laut segar, sotong pun ada..telur dan sayur-sayuran untuk melengkapkan hidangan anda..

♥So, inilah hidangan kami...
1) Ikan Siakap 3 rasa..
2) Tomyam campur
3) Ketam bercili
4) Telur dadar
5) 3 pinggan nasi putih
6) Air laici
7)  Apple juice

Total cost : RM85...murahkan..dahlah sedap...memang puas hati...so aku sangat recommend kan korang datang sini kalau ke PD yer...lepas makan, kami terus balik ke PRCC..♥


Pagi-pagi esoknya, sesudah subuh..pukul 7.30 pagi kami keluar kejap ke Pantai Teluk Kemang..nak bawa Qeera main kat beach pulak..tak habis-habis cakap nak pergi beach nak collect sea shell..tapi hampa, kat PD tak ada sea shell kot...
♥Tengok si Dhani, sibuk jugak nak tolong kakak buat Sand Castle..
♥Tengok..siap berkelah makan nasi lemak lagi..hee...lepas makan, kami terus balik PRCC, then mandi, kemas barang siap2 untuk check-out...

So far sangat berpuas hati dengan short trip ni..dapat bawa Qeera main kat water park, pegi beach, buat sand castle walaupun dia refuse nak mandi pantai...tapi tetap puas hati..oklah kan sesekali buat activity macam ni dengan family...since hari bekerja masing-masing busy, so weekend or cuti panjang kenalah layan anak2...



Comments

  1. Wah,,,wah seronoknya..kitaorang pun dah plan nak ke sini cuti panjang merdeka ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

♥Seafood Lasagna♥

Resipi kali ini adalah menu favourite aku dan anak aku Qeera setiap kali makan di Pizza Hut..Masa aku pregnant kan dia..sebulan atleast 3 kali mesti makan punyalah..tu sebab dia pun suka makan..kalau kat Pizza Hut tu, memang dia boleh habis lah satu lasagna tu..tak boleh share dengan mommy dah....   Erm..memandangkan harga Seafood kat lasagna ni boleh cover 3 hari lunch mommy..aku pun cuba-cubalah nak masak sendiri.. and Alhamdulillah..Qeera cakap, "Mommy..its yummy! Delicious!"..erm..betul lah sedap tu..budak2 kan tak reti menipu..hehehe...   ♥ Okay..ni lah rupanya Seafood Lasagna aku..dapat ambil gambar ni jer..hasil di dalamnya tak sempat nak snap..Qeera and Papa dah ngap dulu sampai licin.. ♥ Ok, meh sini aku share resepi dia..nampak macam complicated, tapi bila dah buat..senang jer rupanya..resepi ni pun aku dapat dari  Kongsi Resepi .. so, aku pun try lah... ♥ BAHAN A ♥   ♥ 4 keping kulit lasagna ♥ ♥ 1 sudu kecil o...

♥I Love Coway...♥

'I Love Coway'..siapa pernah dengar lagu iklan Coway ni..hee...kali ni aku bukan nak buat iklan yer..bukan jugak nak promote..tak dapat duit pun promosi aku ni..hee...tapi saja nak share dengan you all pasal produk Jenama nombor 1 Korea ni...kami baru jer beli penapis air Coway ni..adalah dalam 2 minggu..tapi baru berkesempatan nak update and share dengan you all..senang kerja kami..kalau tak, setiap bulan at least 4 dozen air mineral 1.5 liter kami kena beli..sebabnya aku tak yakin dengan kebersihan air tanpa ditapis ni..nak2 aku ada anak kecil yang nak minum susu kan..mestilah aku kena bagi air yang bersih untuk mereka.. You all selalu tak menghadapi situasi di mana korang rasa kualiti air di rumah yang kadang kala dipenuhi keladak dan karat, terasa seperti air bercampur dengan klorin, air dimasuki serangga atau berbau lipas dan macam-macam lagilah..tapi, dengan adanya COWAY, korang boleh  hidup dengan lebih sihat beserta dengan penjimatan kos dan tenaga dengan mem...

♥Persiapan untuk Majlis Aqiqah & Dhani 1st Birthday♥

Entry kali ni adalah kesinambungan dari entry pasal majlis Aqiqah & 1st Birthday Dhani ..since ramai yang cakap rajinnya mommy buat candy table sendiri, goodies bag sendiri..so aku sajalah nak share dengan lebih detail escpecially pasal candy table aku yang tak sempat nak ambil pic beriya..hahaha.. Kebetulah masa tengah buat persiapan tu aku ada snap pic barang2 yang aku letak kat table tu, so boleh lah jadikan bahan bukti..hahaha... ♥Ni jelah yang sempat di snap kan..itu pun tak sempat letak birthday cake..huhu..Banner design by adik ipar aku.. Darul Design ..belon..mommy yang tiup..nasib baik 10 biji jer..kalau tak jenuh sampai kembung pipi..huhuhu... ♥ Okay..meh aku share kan sedikit barang2 yang aku letak atas candy table tu..mana tahu boleh tolong korang jadikan rujukan..yelah, dari tempah pada orang, baik buat sendiri..lebih murah dan puas hati.. ♥Air mineral & Susu Kotak dutch lady..aku letak 6 botol mineral & 8 kotak dutch lady jer..kedekut tak mo...