Stars and Hearts

Pages

Tuesday, 23 June 2015

♥Tips memasak dengan cepat untuk superbusy mommy..Part 2♥

Tips lagi? Macam syok pulak bagi2 tips ni untuk kegunaan bersama..tips ni sebenarnya hasil dari TIPS yang sebelum ni..saja aku nak share apa kesinambungan dari tips aku tu..betul2 berguna ker? hahaha...

 ♥Okay..ini additional tips aku lupa nak share hari tu..untuk memudahkan korang memilih menu, letak label menu menghadap depan..jangan letak atas tutup bekas..ini memudahkan korang nak buat pilihan menu tanpa perlu menarik bekas satu persatu untuk pilih menu..just duduk depan freezer tu, dan pilih..hee...♥


♥Ini antara experiment aku yang berjaya dengan Tips mudah memasak ni..boleh refer dalam entry Tips memasak dengan cepat untuk ibu yang superbusy..Part 1..
Ini antara hasilnya.. aku keluar dari office pukul 5.25 pm --> sampai rumah pukul 6.10 pm --> tempat pukul 6.50 pm..aku dah siap masak..yiehaa..sempat untuk berbuka okay..make sure, sebelum pergi kerja, korang dah keluarkan menu korang letak dekat chiller..so process defrost dapat dijimatkan..


♥Ini lagi experiment aku..keluar ofis pukul 4.40 pm--> sampai rumah pukul 5.30 pm..pukul 6.40 dah settle masak Ayam Paprik & Sup Tulang..kalau masak paprik tu kejap jer..tapi sebab sup tulang tu kena tunggu daging lembut kan..tu yang amik masa sikit..TAPI, still boleh manage siap before berbuka okay...

 ♥Ini antara Tips lagi..frozen food..since anak2 aku suka sangat makan lasagna / cheese macaroni..bila weekend tu aku dah siap2 kan masak, letak dalam bekas aluminium, dan letak dalam freezer untuk di frozenkan..so, bila balik kerja, defrost kan sekejap dalam 15 minit, lepas tu bakar 30 minit..dah siap..untuk resepi lasagna ni, boleh refer SINI..


Hmm..ini sekadar perkongsian aku..tiada niat untuk menunjuk-nunjuk..moga sedikit tips ni dapat dikongsi bersama untuk yang memerlukannya..sharing is caring kan..hee...sampai ketemu lagi yer..

No comments:

Post a Comment