Stars and Hearts

Pages

Friday 19 June 2015

♥Majlis Aqiqah & 1st Birthday for Dhani - 6 June 2015♥

Salam semua..pada yang mengenali blog saya ni..dan mengikuti blog saya ni..(kalau adalah..aku perasan macam ada..hahaha...)..ok, mesti korang kenal anak aku Qeera kan..yelah, blog ni pun aku guna sempena nama dia..

Erm, tapi, pada yang tak tahu or tak perasan, Qeera dah ada adik lelaki setahun yang lalu..nama diberi, Syahdhani Ismarizqi Bin Syahrul Isnahar..panggil Dhani saja..jarang-jarang sangat kan aku cerita and sebut pasal Dhani ni..hee..kesian anak mommy yang seorang ni..dah umur setahun baru mommy nak introduce kan kat blog mommy kan..hee...

Dhani lahir pada 2 June 2014..dah setahun baru sempat nak buat Aqiqah dia..kakak Qeera dulu habis pantang terus mommy buat Kenduri Aqiqah dia..anak sulungkan, tu yang terlebih excited..hahaha..I'm so sorry sayang Dhani..jadi, demi menebus rasa bersalah mommy ni, mommy tambah extra untuk Dhani..dah alang2 dia umur setahun kan, mommy plus kan Majlis Aqiqah Dhani dengan buat Birthday Party sekali..yeehaaa...


Ahlamdulillah..persiapan untuk majlis ni memang kurang dari 2 bulan jer..tetapi, berjalan dengan lancar..lega sangat2..

Ni dia birthday boy kita..dengan Dhani ni, memang rasa sekejap sangat masa berlalu..tahu2 dah besar dia..warna tema kali ni purple..jubah ni aku order dari adik Farhana ni..aku jumpa kat Facebook jer..nama FB dia 'JUBAH LELAKI DAN KANAK KANAK'

Acara di mulakan dengan Marhaban dan selawat..nasiblah Dhani behave sangat bagi kerjasama..tak meragam pun..sebab cukup tidur kot..sebelum group marhaban datang, dia dah tidur puas-puas..hee..

Tengok..dia diam jer bila orang gunting rambut dia..mesti dia hairan apalah semua orang ni buat dekat dia kan..

♥Habis Dhani kena gomol dengan peminat ni..hee..♥

Kakak Qeera pun nak renjis bunga rampai kat Dhani..hee.. 

Okay..ni dia group marhaban dari Taman Keramat..satu bas dia bawa..mak tok Dhani yang arrangekan untuk Marhaban ni..siap sewakan bas..ni group Marhaban mak tok Dhani..

Antara yang bersama group marhaban..datang memeriahkan majlis..terharu sangat-sangat..

Okay..sesudah jer majlis marhaban dan selawat, kita potong birthday cake and nyanyi birthday song for Dhani..terkulat-kulat dia sebab tak faham lagi..hahaha..(Notes: Candy table ni aku yang design tau..hee...)

Selepas zohor, kami invite orang Surau untuk buat tahlil dan doa selamat pulak..sempena nak sambut puasa jugak kan..

Erm..kalau dah cakap buat kenduri Aqiqah, mestilah ada kambingnya kan..kambing golek ni kami ambil dengan Dr. Grill..kawan husband aku yang introduce kan..rata2 kata kambing dia sedap..

Antara tetamu dan kawan-kawan yang hadir..tq you all sudi memeriahkan majlis kami..ni kawan2 office papa Dhani..

Ni pun kawan-kawan office papa Dhani..isteri2 diorang dah jadi kawan aku pulak..haritu kami gi Bandung sama2..terus jadi rapat..

Kawan-kawan papa lagi..

Ni kawan-kawan mommy..

Kawan-kawan atok & mak tok pulak..

Ahli keluarga kami..terima kasih kerana sudi datang..ada yang datang jauh dari JB / Muar..love you all okay..

Adik beradik aku..sayang sangat..tq datang lagi2 adik aku perut boyot pun sanggup datang dari Taiping sana..

Sepupu2 Dhani..kakak Qeera sampai tak nak keluar rumah dan bergambar sebab nak main ngan sepupu2 dia ni..penat jer mommy tempah baju ala2 princess gitu..gambar dia tak ada yang cantik pun..

Menu catering aku ambil dengan jiran mak mentua aku kat Keramat..memang marvelous masakan dia especially sambal sotong kering..memang aku yang request menu ni..favourite aku..hee..order  menu ikut selera sendiri..hahaha...

Acara terakhir pada hari itu..potong cake untu family yang lahir bulan June..ni antaranya..patut baby Dhani ada sekali, tapi dia dah tidur dah..penat sangat tu..

Hari majlis tu masing-masing sibuk melayan tetamu..memang tak sempat pun nak bergambar cantik2..so, mana yang ada jelah..frust jugak..huhu..

Ni lah candy table design by aku..ok tak? Boleh buat bisnes ni kan..hee..nak tempah orang lain buat, aku rasa macam tak berbaloi okay harga dia..baik buat sendiri, puas hati dan tak banyak modal pun sebenarnya..

Tak sempat nak ambil pic cantik2..habis dan dikebas budak2..yelah, memang untuk diorang pun kan..sekelip mata licin table ni sesudah Dhani tiup birthday cake..

Okay, ni pulak goodies bag untuk dewasa..kali ni aku bagi coklat, telur dan fridge magnet..kebetulan husband aku ada kursus kat Langkawi 2 minggu sebelum majlis, so aku suruh borong coklat Daim / Snicker & Mars Mini..fridge Magnet pulak aku order dari NASUHA DOORGIFT..

Ni pulak goodies untuk budak2..

Ni pun goodies untuk budak2..tapi aku tambah Puzzle..untuk kanak2 yang kecil sikitlah or toddler..yang dah darjah 4 / 5 tu, aku bagi yang brown paper bag..tak kan dah besar nak main puzzle mini kan..tak mencabar langsung..hee..

Nilah wajah2 orang kuat majlis dan juga yang banyak membantu kami untuk menjayakan majlis baik sebelum majlis mahupun selepas majlis..terima kasih banyak yang tak terhingga diucapkan..love you all..muaahhhh..


Alhamdulillah...Selesai sudah majlis kitorang hari tu dengan jayanya..majlis berjalan dengan lancar..sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu/ saudara-mara & rakan-rakan yang sudi memeriahkan majlis kami..tidak dilupakan juga pada yang tidak dapat hadir tetapi mendoakan kesejahteraan putera kami..juga pada mereka yang memberikan birthday present and duit untuk Dhani..diharap you all semua berpuas hati dengan juadah dan goodies dari kami...

No comments:

Post a Comment