Stars and Hearts

Pages

Saturday, 21 February 2015

♥Chicken Lasagna♥

Seafood Lasagna dah masak..resepinya boleh klik pada link tu yer...hari ni, aku masak chicken lasagna pulak..memandangkan hari ni kakak aku dan anak-anaknya nak datang, aku nak masak special sikitlah..selalunya asyik masak nasi berlauk jer..kebetulan diorang datang selepas tengah hari, dan sesuailah makan lasagna untuk hi-tea kan..hehehe...

Cara masak dia sama jer dengan Seafood lasagna ni..cuma bahagian intinya sahaja berbeza..tapi tetap senang yer..so, tak ada alasan lagi untuk tak nak mencuba..kebetulan minggu ni cuti panjang sempena Chinese New Year, so, bolehlah masak yang best-best sikit...


♥Ini dia Chicken Lasagna aku...mengiurkan tak...hehehe...jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara penyediaannya...


BAHAN A - KULIT♥ 



♥4 keping kulit lasagna..
♥Air secukupnya..
♥Rebus kulit lasagna sehingga lembut..angkat dan toskan..


BAHAN B - TOPPING♥ 


♥3 batang sausage..dihiris halus-halus..

Mozarella cheese..diparut halus-halus..if nak senang, beli yang dah siap diparut..tapi mahal sikitlah dan kuantiti pun sikit..


BAHAN C - INTI♥ 

1/2 labu bawang besar - didadu kecil
2 biji bawang putih - dicincang halus


♥Satu sudu butter..

Daging ayam dicincang halus..if nak senang boleh gunakan daging cincang..sama ada daging lembu or daging ayam..tapi aku lebih suka guna daging fresh dan cincang sendiri...tapi, setakat masak untuk 5 orang bolehlah cincang sendiri..hehehe..kalau seratus orang..jenuh nak mencincangnya..haha...

Sos Spagethi Tomato Mushroom..tak kisah brand apa pun...




CARA-CARA MASAK INTI



♥Panaskan butter..





♥Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi..





♥Masukkan ayam cincang tadi..sehingga ayam kecut atau masak..

♥Masukkan Sos Spagethi Tomato Mushroom..dan kacau rata...


BAHAN D - WHITE SAUCE♥ 


♥2 Sudu besar butter..

♥500 ml Susu Dutch Lady Full Cream..

♥1 sudu besar tepung gandum..bancuh dengan air..

♥2 slices cheddar cheese..

♥120 gram cream cheese..kalau beli macam ni..guna separuhlah..


Panaskan periuk..dan masukkan butter untuk dicairkan..pastikan api sangat perlahan yer sebab butter ni mudah hangit..

♥Masukkan tepung..kacau rata...

♥Kemudian masukkan susu...kacau sehingga mendidih..pastikan kacau tanpa henti supaya campuran tepung tadi tak berketul-ketul..

♥Masukkan cheddar cheese slices tu..kacau sehingga cair dan rata..

♥Masukkan  cream cheese..kacau sehingga cream cheese ni cair dan white sauce manjadi pekat dan likat..


CARA MENYEDIAKAN LASAGNA

Sapukan butter pada permukaan Casserole..

STEP 1 : Susun kepingan lasagna di dalam casserole 20cm..


STEP 2 :Masukkan sebahagian bahan C (Inti) dan ratakan sehingga menutupi lapisan kulit lasagna...

♥STEP 3 : Taburkan kepingan sausage..ikut suka nak letak atau tidak sebab inti tadi dah penuh ayam cincang kan..

STEP 4 : Kemudian curahkan separuh white sauce diatasnya dan ratakan...dan taburkan mozarella cheese..

Ulang sekali lagi STEP 1 - STEP 4..

♥STEP 5 : Selepas ulang step 1-4 tadi, tutup lapisan paling atas tu dengan kulit lasagna dan taburkan mozarella cheese..

Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 30 minit..Pastikan api dalam arah atas dan bawah yer..bagi balance sikit nanti kepanasannya..

Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili  atau di makan begitu sahaja..

2 comments:

  1. Adoiii...... terliurnye kite.
    Tq for the recipe... leh try buat.

    http://danishmyamyra.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..try lah..nampak macam rumit..tapi senang je buat dia..kejap jer..ni pun xsempat snap picture dalam dia..dah abis di makan..hee..

      Delete