Skip to main content

♥Sizzling Mee♥

Okay..resipi baru yang aku try kali ni adalah sesuai untuk di makan pada bila-bila masa..sebab, kalau pergi makan kat food court yang ada jual, tak kira masa aku order..sebab memang favourite aku pun..tetiba pulak rajin tangan ni nak search resipi, terjumpa lah pulak dan tengok simple jer..walaupun aku tak ada hotplate tu, guna kuali pun jadilah kan...heee..

 ♥Ini dia resepi kali ni..Sizzling mee...erm..nampak sedap tak? Rasa memang sedap yer...hee...

 ♥Bahan-bahannya...
1) 5 ulas bawang putih di ketuk
2) 1/2 inci halia dihiris
3) 5 tangkai cili kering digunting..kalau nak pedas, letak banyak lagi..tapi ini pun dah pedas sangat..

 ♥Ayam dipotong kecil-kecil..kuantiti ikut suka yer..

 ♥Cendawan...seeloknya guna cendawan shitake..tapi rumah aku ada cendawan butang jer..layankan ajelah..aku memang suka masak guna bahan-bahan apa yang ada kat rumah jer..

 ♥Sawi..

 ♥4 sudu besar sos tiram..

 ♥3 sudu besar kicap pekat manis..

 ♥3 sudu besar kicap cair masin..

♥1 sudu besar serbuk lada hitam..

♥750 ml air..

♥1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air..

 ♥Panaskan minyak..

 ♥Tumis bawang putih hingga kekuningan..

 ♥Masukkan halia..

 ♥Masukkan cili kering..goreng hingga wangi..

 ♥Masukkan ayam..goreng hingga ayam kecut atau masak..

 ♥Masukkan air..

 ♥Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan serbuk lada hitam..kacau rata sehingga mendidih..

 ♥Masukkan cendawan...

 ♥Masukkan bancuhan tepung jagung..kacau sehingga kuah menjadi pekat dan likat..

 ♥Bila kuah sudah masak, siapkan hot plate..memandangkan aku tak ada hot plate, aku guna kuali jelah..hee..tak apa, kuali aku tak melekat punya..brand Tefal..hahaha...ala, kuali apa pun tak kisahlah kan, bukan nak makan dalam kuali pun...okay...kuali dah siap..letak mee..nak sedap gunalah yee mee..tapi aku tak suka yee mee..kalau makan kat luar pun memang minta mee kuning ni..

 ♥Letak sawi...hidangan ni untuk seorang makan..tu yang dua tiga helai sawi jer aku letak..hee...

 ♥Sebab nak feel macam makan kat kedai..aku ngada-ngada nak letak ayam dan mushroom dulu..macam kat kedai tu..hee...

 ♥Lepas tu baru aku letak kuah secukup rasa..ikut lah nak letak banyak mana kuah sampai banjir pun..sendiri yang buat kan..hahaha...

♥Lepas tu..letak lah telur...dah tengok macam telur dah masak..siaplah tu..sedia untuk dihidang...

Okay, selamat mencuba yer..resipi ni pun ringkas dan cepat jer aku sediakan..tak sampai 20 minit pun...rasanya pun sedap..dah boleh berniaga kot..hahaha...

Comments

  1. Wah nampak cam senang nak wat. Leh try pasni. Tq mami qeera....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup awak...senang jer masak dia..bahan-bahan pun senang nak cari..rasa pun sama cam beli kat luar..hee...

      Delete
  2. Walaulun dh pernah buat dua tiga kali tapi tetap nak kena Google dlu jap bila terasa nak buat SizLing Mee ni. Thanks Mami Qeera.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

♥Trip to Guangzhou-Hong Kong (Feb 2012) - Day 1♥

Ok..new story...entry kali ni aku nak story trip kami ke Guangzhou (GZH) and Hong Kong (HK) pada February 2012 yang lalu...erm...dah 7 bulan berlalu pun...tapi sebab tak sempat2 nak update kan....tak apa lah...just nak sharing info dengan u all so that kalau ada sesiapa yang nak plan ke sana...bolehlah ambil sedikit info yang berkenaanlah... Kami ke sana menaiki Air Asia as usual lah...ada jer promo ticket...cepat2 lah grab....pada asalnya kami hanya nak ke GZH sahaja...itu sebab aku beli tiket untuk 4 hari 3 malam sahaja...tapi biler aku survey2 rupa2 nya from GZH ke HK dekat sahaja about 2 hours kalau naik train....so aku pun memanjangkan langkah kami ke HK lah pulak..... Oh sebelum terlupa...kalau nak ke China kita diwajibkan memohon Visa untuk memasuki China yer....memandangkan kami akan keluar masuk dari GZH ke HK nanti ...so kami applied double Visa....jadi..aku sarankan pada sesiapa yang nak ke HK and any of place kat Tanah Besar China ni...better ambil dari Malaysia k...

♥Road Trip to Hatyai - Krabi May 2015 : Day 5 & 6♥

♥Hello semua..hari terakhir kami di Krabi..pagi tu kami santai-santai jer..sementara nak tunggu masa untuk check out..dan kembali ke Hatyai...5 hours drive journey, so kena relax-relax lah..nanti driver and co-driver penat..hee... ♥Pagi ni baru ada kesempatan nak ambil pic restoran dekat Aonang Orchid resort ni..hee...selalu makan laju-laju jer sebab nak rushing untuk activity kami..hee.. ♥ Lepas breakfast, sempat lagi seround bawa anak-anak mandi kat swimming pool..lepas tu naik bilik, kemas-kemas dan bersiap untuk check out.. ♥Selepas check out, kami singgah makan di Street Food di sepanjang Aonang beach..situ memang famous lah dengan halal food..yang paling famous sekali adalah Banana Pancake Yaminlah..memang sedap kami ambil Nutella Banana Pancake..makan panas-panas memang awesome! Hahaha...selain itu kami makan Dried Fry Shrimp..nampak tak dalam paper cup yang panjang2 atas meja tu..hee...pulut mangga pun sedap..dan yang paling best bagi aku Ice Coffee dia..terbaik...

♥I Love Coway...♥

'I Love Coway'..siapa pernah dengar lagu iklan Coway ni..hee...kali ni aku bukan nak buat iklan yer..bukan jugak nak promote..tak dapat duit pun promosi aku ni..hee...tapi saja nak share dengan you all pasal produk Jenama nombor 1 Korea ni...kami baru jer beli penapis air Coway ni..adalah dalam 2 minggu..tapi baru berkesempatan nak update and share dengan you all..senang kerja kami..kalau tak, setiap bulan at least 4 dozen air mineral 1.5 liter kami kena beli..sebabnya aku tak yakin dengan kebersihan air tanpa ditapis ni..nak2 aku ada anak kecil yang nak minum susu kan..mestilah aku kena bagi air yang bersih untuk mereka.. You all selalu tak menghadapi situasi di mana korang rasa kualiti air di rumah yang kadang kala dipenuhi keladak dan karat, terasa seperti air bercampur dengan klorin, air dimasuki serangga atau berbau lipas dan macam-macam lagilah..tapi, dengan adanya COWAY, korang boleh  hidup dengan lebih sihat beserta dengan penjimatan kos dan tenaga dengan mem...