Skip to main content

♥Chicken Lasagna♥

Seafood Lasagna dah masak..resepinya boleh klik pada link tu yer...hari ni, aku masak chicken lasagna pulak..memandangkan hari ni kakak aku dan anak-anaknya nak datang, aku nak masak special sikitlah..selalunya asyik masak nasi berlauk jer..kebetulan diorang datang selepas tengah hari, dan sesuailah makan lasagna untuk hi-tea kan..hehehe...

Cara masak dia sama jer dengan Seafood lasagna ni..cuma bahagian intinya sahaja berbeza..tapi tetap senang yer..so, tak ada alasan lagi untuk tak nak mencuba..kebetulan minggu ni cuti panjang sempena Chinese New Year, so, bolehlah masak yang best-best sikit...


♥Ini dia Chicken Lasagna aku...mengiurkan tak...hehehe...jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara penyediaannya...


BAHAN A - KULIT♥ 



♥4 keping kulit lasagna..
♥Air secukupnya..
♥Rebus kulit lasagna sehingga lembut..angkat dan toskan..


BAHAN B - TOPPING♥ 


♥3 batang sausage..dihiris halus-halus..

Mozarella cheese..diparut halus-halus..if nak senang, beli yang dah siap diparut..tapi mahal sikitlah dan kuantiti pun sikit..


BAHAN C - INTI♥ 

1/2 labu bawang besar - didadu kecil
2 biji bawang putih - dicincang halus


♥Satu sudu butter..

Daging ayam dicincang halus..if nak senang boleh gunakan daging cincang..sama ada daging lembu or daging ayam..tapi aku lebih suka guna daging fresh dan cincang sendiri...tapi, setakat masak untuk 5 orang bolehlah cincang sendiri..hehehe..kalau seratus orang..jenuh nak mencincangnya..haha...

Sos Spagethi Tomato Mushroom..tak kisah brand apa pun...




CARA-CARA MASAK INTI



♥Panaskan butter..





♥Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi..





♥Masukkan ayam cincang tadi..sehingga ayam kecut atau masak..

♥Masukkan Sos Spagethi Tomato Mushroom..dan kacau rata...


BAHAN D - WHITE SAUCE♥ 


♥2 Sudu besar butter..

♥500 ml Susu Dutch Lady Full Cream..

♥1 sudu besar tepung gandum..bancuh dengan air..

♥2 slices cheddar cheese..

♥120 gram cream cheese..kalau beli macam ni..guna separuhlah..


Panaskan periuk..dan masukkan butter untuk dicairkan..pastikan api sangat perlahan yer sebab butter ni mudah hangit..

♥Masukkan tepung..kacau rata...

♥Kemudian masukkan susu...kacau sehingga mendidih..pastikan kacau tanpa henti supaya campuran tepung tadi tak berketul-ketul..

♥Masukkan cheddar cheese slices tu..kacau sehingga cair dan rata..

♥Masukkan  cream cheese..kacau sehingga cream cheese ni cair dan white sauce manjadi pekat dan likat..


CARA MENYEDIAKAN LASAGNA

Sapukan butter pada permukaan Casserole..

STEP 1 : Susun kepingan lasagna di dalam casserole 20cm..


STEP 2 :Masukkan sebahagian bahan C (Inti) dan ratakan sehingga menutupi lapisan kulit lasagna...

♥STEP 3 : Taburkan kepingan sausage..ikut suka nak letak atau tidak sebab inti tadi dah penuh ayam cincang kan..

STEP 4 : Kemudian curahkan separuh white sauce diatasnya dan ratakan...dan taburkan mozarella cheese..

Ulang sekali lagi STEP 1 - STEP 4..

♥STEP 5 : Selepas ulang step 1-4 tadi, tutup lapisan paling atas tu dengan kulit lasagna dan taburkan mozarella cheese..

Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 30 minit..Pastikan api dalam arah atas dan bawah yer..bagi balance sikit nanti kepanasannya..

Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili  atau di makan begitu sahaja..

Comments

  1. Adoiii...... terliurnye kite.
    Tq for the recipe... leh try buat.

    http://danishmyamyra.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..try lah..nampak macam rumit..tapi senang je buat dia..kejap jer..ni pun xsempat snap picture dalam dia..dah abis di makan..hee..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

♥Road Trip to Hatyai - Krabi May 2015 : Day 5 & 6♥

♥Hello semua..hari terakhir kami di Krabi..pagi tu kami santai-santai jer..sementara nak tunggu masa untuk check out..dan kembali ke Hatyai...5 hours drive journey, so kena relax-relax lah..nanti driver and co-driver penat..hee... ♥Pagi ni baru ada kesempatan nak ambil pic restoran dekat Aonang Orchid resort ni..hee...selalu makan laju-laju jer sebab nak rushing untuk activity kami..hee.. ♥ Lepas breakfast, sempat lagi seround bawa anak-anak mandi kat swimming pool..lepas tu naik bilik, kemas-kemas dan bersiap untuk check out.. ♥Selepas check out, kami singgah makan di Street Food di sepanjang Aonang beach..situ memang famous lah dengan halal food..yang paling famous sekali adalah Banana Pancake Yaminlah..memang sedap kami ambil Nutella Banana Pancake..makan panas-panas memang awesome! Hahaha...selain itu kami makan Dried Fry Shrimp..nampak tak dalam paper cup yang panjang2 atas meja tu..hee...pulut mangga pun sedap..dan yang paling best bagi aku Ice Coffee dia..terbaik...

♥I Love Coway...♥

'I Love Coway'..siapa pernah dengar lagu iklan Coway ni..hee...kali ni aku bukan nak buat iklan yer..bukan jugak nak promote..tak dapat duit pun promosi aku ni..hee...tapi saja nak share dengan you all pasal produk Jenama nombor 1 Korea ni...kami baru jer beli penapis air Coway ni..adalah dalam 2 minggu..tapi baru berkesempatan nak update and share dengan you all..senang kerja kami..kalau tak, setiap bulan at least 4 dozen air mineral 1.5 liter kami kena beli..sebabnya aku tak yakin dengan kebersihan air tanpa ditapis ni..nak2 aku ada anak kecil yang nak minum susu kan..mestilah aku kena bagi air yang bersih untuk mereka.. You all selalu tak menghadapi situasi di mana korang rasa kualiti air di rumah yang kadang kala dipenuhi keladak dan karat, terasa seperti air bercampur dengan klorin, air dimasuki serangga atau berbau lipas dan macam-macam lagilah..tapi, dengan adanya COWAY, korang boleh  hidup dengan lebih sihat beserta dengan penjimatan kos dan tenaga dengan mem...

♥Road Trip to Hatyai - Krabi May 2015 : Day 4♥

Hai..hai..hai...hari keempat kami di bumi Thai ini..kali ini kami akan menjelajah pulau-pulau yang sangat cantik dan indah di Krabi ni..adalah satu kemestian sekiranya kita ke Krabi ni..salah satu activity adalah Island Hoping.. Activity hari ini :- ♥ ♥ Bamboo Island --> Viking Cave --> Pileh Bay --> Maya Bay --> Lohsamah Bay --> Hin Klang --> Monkey Beach --> Phi Phi Don (Lunch) ♥ ♥ ♥Pick up van akan datang ambil kami pukul 8.30 pagi..selepas breakfast, sementara tunggu pick up, kami bergambar dulu di sekitar Hotel..swimming pool dia memang awesome okay..cantik sangat dan sangat besar..kalau nak syok lagi, boleh ambil bilik yang connect dengan pool..dari dalam bilik jer boleh lompat terus masuk pool..hee.. ♥ ♥Tepat pukul sembilan, semua dah berkumpul di tepi jeti..kami akan memulakan Island Hoping by Speed boat...mineral water yang sejuk dibekalkan..boleh ambil berapa saja yang diperlukan.. ♥ ♥Destinasi pertama setelah lebih 40 minit mengahar...