Skip to main content

♥Trip to Jakarta-Punchak-Bandung : Day 4♥

Sudah hari ke-4 di Indonesia....erm, cepatnyer masa berlalu...dan pagi ini kami akan berangkat semula ke Jakarta meninggalkan kota Bandung...dan dalam hati berkata, 'aku pasti akan kembali ke sini'...♥

 Pagi2 kami dah bangun dan bersedia untuk check out from hotel..sementara menanti pak Yayan sampai, kami breakfast dulu...


♥Bergambar kenangan di luar hotel...♥

Sesampai ajer pak Yayan di Hotel, kami terus bergerak meninggalkan hotel..before ke Jakarta, kami round2 bandar dulu ambil gambar...tapi lupalah apa nama tempat yang dia bawa kami ni...hehehe...

♥Bergambar di sekitar bandar dulu...♥

♥Sempat singgah balik di FOs The Secret untuk final shopping...masih tak puas lagi shopping kat Bandung ni sebenarnya...hehehe...see my husband, masih lagi membelek2 baju yang belum di beli tu...aku cam biasa, suker bergambar ajer...♥

Sebelum meninggalkan kota Bandung ni, aku minta pak Yayan bawa kami ke Kartika Sari...Kartika Sari ni menjual pelbagai jenis Brownies...semuanya sedap2 dan aku sarankan siapa ke Bandung, mesti singgah di sini untuk membeli Brownies...murah sajer...satu kek yang panjang tu RM10...


 ♥Kat sini pun rambang mata tak tahu nak pilih yang mana...♥


♥Pun ada jual pelbagai coklat..sedap2 jugak...♥

Selesai beli brownies, kami menyambung perjalanan ke Jakarta....hampir tiga jam jugak perjalanan..memandangkan hari ni hari sabtu, so jalan agak sesak especially arah dari Jakarta ke Bandung...jammed teruk jalan dia...yelah orang Jakarta turun shopping kat Bandung....

Sesampai di Jakarta kami meminta pak Yayan bawa kami ke Ancol Dreamland (AD) or Taman Impian Jaya Ancol....tempat ni ala2 Sunway Lagoon and Genting Highland...tapi tempat dia sangat besar dan lebih besar dari Sunway Lagoon and Genting Highland...Further information boleh tengok website AD ni...

♥Nak masuk sini kena bayar tiket 10,000 rupiah seorang...lepas tu mobil pun kena charge lain....Tiket tu untuk masuk saje ke AD ni..kalau nak main yang lain2 tu kena bayar lain yer....♥

AD ni terletak betul2 kat tepi pantai....ada banyak section kat dalam AD ni antaranya Taman Pantai, Dufan (Dunia Fantasi), Ocean Dream Samudra, Atlantis, Pasar Seni, Sea World, Gondola, Hailai, Bowling, Paintball and Ecopark.

 ♥Ni Map dia..nampak macam kecil tapi each section nak pergi kena naik kereta..sebab semua jauh2....atau pun leh naik transport yang disediakan...Grantis ajer or percuma...♥

♥Pengangkutan free yang disediakan bagi mereka yang tiada transport♥

Disebabkan kesuntukan masa, kami tak dapat pergi semua tempatlah...rasanya kalau nak masuk semua tempat, macam kena lebih satu hari jer..hehehe...Kalau macam nak pergi Atlantis (Ala2 Sunway Lagoon sebab water park) or Dufan (Ala2 Genting highland), memang tak cukup masalah..kena pergi lain2 hari sebab dua tempat ni harga tiket pun asing2...SO, further info, bolelah baca kat website AD...one of the best place in Jakarta for Family program....


♥Mula2 sampai kami ke Taman Pantai-Danau Ancol dulu....naik swan sambil bersiar2 di tasik dia...Dekat sini boleh naik Swan, Perahu layar and speed boat...Taman Pantai ni besar dan ada pelbagai activiti..yelah, sepanjang tepi laut tu kan, macam2 activiti boleh dilakukan....Di Taman Pantai ni pulak ada beberapa lagi jenis section contohnya Pantai Festival, Pantai Indah, Pantai Ria, Pantai Elok dan pantai Carnaval..♥

 ♥Bergambar di Pantai Ria...♥

 ♥Kemudian kami pergi naik Gondola...Tak ingat tiket dia berapa Ribu...heehhe...main ribu riban tu...Gondola ni akan mengelilingi seluruh kawasan AD ni especially di tepi2 Taman Pantai...gayat jugak bile Gondola ni lalu di kawasan laut...terbayang kot2 Gondola putus dan jatuh dalam laut....huhuhu...♥

♥Berehat sebentar dan lunch di Columbus Fried Chicken..makan Fast Food lagi....oklah, dah lapar sangat and malas nak cari tempat makan lain...food court dia jauh and setiap section tu kena naik kereta..kesian pak Yayan, turun naik kereta dia bawa kami jalan2..♥

♥Selepas itu kami ke Pasar Seni or Art Gallery...kat sini terdapat banyak kedai2 lukisan and kraftangan...sangat menarik untuk dilawati dan ianya percuma...hehehe...♥

♥Kemudian kami ke Atlantis...tapi ambil gambar kat luar ajer...nak masuk dalam kena bayar...hehehe...kalau banyak masa mesti syok pergi sini yang ala2 Sunway Lagoon tu...♥

 ♥Di Gelanggang Samudra..kat sini ada banyak akuarium besar..cam ala2 kat Langkawi underwater world tu..tapi kami tak masuklah...♥

♥Ini di Dufan (Dunia Fantasi) yang macam kat Genting Hihgland...kami cuma bergambar kat luar ajelah sebab nak masuk pun harga tiket lain yer...tapi ambil gambar kat luar tu pun dan cukup cantik and seronok bagi aku...hehehe...♥


♥Ni pun kat dalam Dufan...♥

Erm...penat berjalan sampai ke petang di AD ni...kami pun bergerak meninggalkan AD...kemudian pak Yayan bawa kami ke Monumen Nasional atau lebih dikenali sebagai  Monas atau Tugu Monas. Monas adalah monumen peringatan setinggi 132 meter (433 kaki) yang didirikan untuk mengenang jasa perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial India Belanda.

♥Bergambar di Monas...♥

Sesudah ke Monas, pak Yayan bawa kami dinner...kali dinner makan makanan Sunda lagi...heehe...Selepas Dinner, kami terus check in Hotel and berehat....

♥Di Restoran Riung Sari...♥

♥Traveller Hotel, Jakarta♥

Sampai di Hotel, barulah terasa penat and lenguhnya kaki sebab sepanjang hari berjalan...apa pun, yang penting seronok and enjoy...♥♥♥


Comments

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

♥Seafood Lasagna♥

Resipi kali ini adalah menu favourite aku dan anak aku Qeera setiap kali makan di Pizza Hut..Masa aku pregnant kan dia..sebulan atleast 3 kali mesti makan punyalah..tu sebab dia pun suka makan..kalau kat Pizza Hut tu, memang dia boleh habis lah satu lasagna tu..tak boleh share dengan mommy dah....   Erm..memandangkan harga Seafood kat lasagna ni boleh cover 3 hari lunch mommy..aku pun cuba-cubalah nak masak sendiri.. and Alhamdulillah..Qeera cakap, "Mommy..its yummy! Delicious!"..erm..betul lah sedap tu..budak2 kan tak reti menipu..hehehe...   ♥ Okay..ni lah rupanya Seafood Lasagna aku..dapat ambil gambar ni jer..hasil di dalamnya tak sempat nak snap..Qeera and Papa dah ngap dulu sampai licin.. ♥ Ok, meh sini aku share resepi dia..nampak macam complicated, tapi bila dah buat..senang jer rupanya..resepi ni pun aku dapat dari  Kongsi Resepi .. so, aku pun try lah... ♥ BAHAN A ♥   ♥ 4 keping kulit lasagna ♥ ♥ 1 sudu kecil o...

♥I Love Coway...♥

'I Love Coway'..siapa pernah dengar lagu iklan Coway ni..hee...kali ni aku bukan nak buat iklan yer..bukan jugak nak promote..tak dapat duit pun promosi aku ni..hee...tapi saja nak share dengan you all pasal produk Jenama nombor 1 Korea ni...kami baru jer beli penapis air Coway ni..adalah dalam 2 minggu..tapi baru berkesempatan nak update and share dengan you all..senang kerja kami..kalau tak, setiap bulan at least 4 dozen air mineral 1.5 liter kami kena beli..sebabnya aku tak yakin dengan kebersihan air tanpa ditapis ni..nak2 aku ada anak kecil yang nak minum susu kan..mestilah aku kena bagi air yang bersih untuk mereka.. You all selalu tak menghadapi situasi di mana korang rasa kualiti air di rumah yang kadang kala dipenuhi keladak dan karat, terasa seperti air bercampur dengan klorin, air dimasuki serangga atau berbau lipas dan macam-macam lagilah..tapi, dengan adanya COWAY, korang boleh  hidup dengan lebih sihat beserta dengan penjimatan kos dan tenaga dengan mem...

♥Trip to Guangzhou-Hong Kong (Feb 2012) - Day 1♥

Ok..new story...entry kali ni aku nak story trip kami ke Guangzhou (GZH) and Hong Kong (HK) pada February 2012 yang lalu...erm...dah 7 bulan berlalu pun...tapi sebab tak sempat2 nak update kan....tak apa lah...just nak sharing info dengan u all so that kalau ada sesiapa yang nak plan ke sana...bolehlah ambil sedikit info yang berkenaanlah... Kami ke sana menaiki Air Asia as usual lah...ada jer promo ticket...cepat2 lah grab....pada asalnya kami hanya nak ke GZH sahaja...itu sebab aku beli tiket untuk 4 hari 3 malam sahaja...tapi biler aku survey2 rupa2 nya from GZH ke HK dekat sahaja about 2 hours kalau naik train....so aku pun memanjangkan langkah kami ke HK lah pulak..... Oh sebelum terlupa...kalau nak ke China kita diwajibkan memohon Visa untuk memasuki China yer....memandangkan kami akan keluar masuk dari GZH ke HK nanti ...so kami applied double Visa....jadi..aku sarankan pada sesiapa yang nak ke HK and any of place kat Tanah Besar China ni...better ambil dari Malaysia k...