Stars and Hearts

Pages

Friday 7 October 2011

♥Trip to Jakarta-Punchak-Bandung : Day 3♥

Day 3 in Indonesia....Kami semakin excited nak explore apa yang ada kat Bandung ni....the answer is still the same: SHOPPING!!!! Hari ketiga ni, kami lupakan sekejap pasal shoppinglah...tapi untuk pagi ni ajelah sebab kami nak pergi berjalan2 dulu...

So, pagi2 kami bangun dan breakfast dulu sebab pak Yayan janji nak datang ambil kami pukul 8 pagi....kalau waktu Malaysia ni jam 9 pagi ni...erm, memang patut dah siap breakfast ni....




  ♥Breakfast dulu...sementara menanti pak Yayan sampai, kami ambil gambar sekitar Hotel...syok betul tengok swimming pool dia..tapi tak ada kesempatanlah nak mandi pool..pagi2 dah keluar, dah malam baru balik Hotel...♥

Sesampai je pak Yayan di Hotel, kami terus di bawa ke Gunung Tangkuban Perahu (GTP) yang bermaksud Perahu Terbalik..adalah kisah Sejarah dia mengenai Sangkuriang..tapi panjanglah pulak kalau aku nak cerita kat sini, tapi eloklah dibaca before ke sana..sebab aku dah baca kisah dia ni..hehehe....ni aku bagi summary dialah... 

Konon menurut masyarakat setempat, GTP merupakan kisah dari cerita rakyat “Sangkuriang”. GTP terbentuk kerana si Sangkuriang ni mengamuk disebabkan tidak jadi berkahwin dengan ibu kandungnya sendiri (Dayang Sumbi), sehingga perahu yang telah dia buat untuk syarat menikahi ibunya yang cantik tersebut ditendang sampai terjatuh dan terbalik akhirnya menjadi sebuah gunung yang kita kenali sebagai GTP ( Bahasa Indonesia, Tangkub maksudnya terbalik..)

Tapi, kalau ikut Sains nya, GTP ni sebenarnya bekas gunung berapi di mana terdapat beberapa kawah yang menarik untuk dikunjungi di mana ianya terbentuk akibat dari letusan gunung berapi . Antara kawah2 tersebut adalah Kawah Domas, Kawah Ratu dan Kawah Upas.
Di Kawah Ratu, terdapat banyak kedai2 sederhana yang menjual berbagai souvenir seperti shawl, topi, beg dan topi bulu. Kita juga dapat menunggang kuda untuk bersiar2 di sebahagian kawah ini. Biasanya kanak2 memang suka activiti ini. Selain itu, permandangan dia sangat cantik dan memang wajib untuk bergambar sakanlah.

Kawah Upas terletak di sebelah Kawah Ratu. Tetapi, untuk melihat kawah ini harus melalui kawasan yang berbahaya di mana kita kena melalui jalan yang berpasir untuk sampai ke kawah ini. Itu sebab jarang sangat pelancong turun ke kawah ini.

Kawah Domas pula terletak lebih bawah daripada Kawah Ratu. Jika kita datang melalui jalan baru, kita akan berjumpa dulu pintu gerbang menuju ke Kawah Domas terlebih dahulu sebelum menuju Kawah Ratu. Dari kawah Ratu ke Kawah Domas ini, kita boleh berjalan kaki (macam Jungle Tracking tu), ataupun nak cepat naik kereta ajer...hehehe...

Untuk sampai ke Kawah Domas ni, kita perlu berjalan agak jauh jugak melalui kawasan hutan...lebih kurang sejam perjalanan macam tu...dan kita kena upah tourist guide yang berlesen untuk bawa kita ke sana. Upahnya 100,000 rupiah seorang... (dalam RM30).. So pak Yayan hanya tunggu kami di kereta ajelah....

 ♥On the way ke GTP...perjalanan mengambil masa hampir satu jam dari bandung...GTP ni tak jauh sangat dari bandung, lebih kurang 30 km sahaja...♥


♥Kami ke kawah Domas dulu...adoi, penat giler aku rasa untuk sampai ke kawah Domas ni...serupa macam jungle tracking..tapi, untuk dapatkan experience tu, aku gagahkan jugaklah sebab bukan semua orang dapat merasakan apa yang aku rasa ni...hehehe...♥

♥Yeay...setelah sejam 'berjungle tracking', akhirnya sampai jugak kami di Kawah Domas....pesanan penting dari aku : sesiapa yang berniat nak ke kawah Domas ni, silalah pakai kasut proper untuk jungle tracking yer...sebabnya...habis rosak kasut mahal aku ni..huwaaa.....♥

♥Mula2 sampai kat sini tadi, our tourist guide bagi kami 2 biji telur ayam mentah..memulakan aku ingat nak buat apalah bagi telurkan..rupa-rupanya nak rebus...begitu panasnya kesan gunung berapi ni, air dia mendidih 100 darjah celcius tu..sampai boleh rebus telur...tengoklah hasil telur rebus kami, sedap di makan dengan garam...♥

♥Gambar kat atas tu buat magik...rokok yang berapi di tiup dekat kawasan tu, keluarkan asap macam gambar di atas ni...aku pun tak paham mana magik dia..hehehe...tu ikut tourist guide tu cakaplah...♥

♥Di Kawah Domas ni terkenal untuk mandi sulfur or lulur sulfur...elok untuk orang sakit kulit, lumpuh dan berbagai penyakit lagilah....♥
♥Si baju Purple ni...acting tourist guide' - dia kononnya assistant pada tourist guide yang kami upah..dari atas sampai ke bawah ni, dia siap tolong ambil gambar kami, siap tolong lulurkan sulfur pada husband aku...rupanya dia ni si penjual....huhuhu...tengok gambar yang tengah tu....dia jual rantai apa tah..memaksa2 kami beli barang dia konon dia dah tolong kami....kami memang tolak tak nak beli tapi disebabkan dia dah 'tolong' kami, kami terpaksa beli jugaklah sebab dia tak nak lepaskan kami...sakitnya hati...jadi pada yang berniat nak ke sini, jaga2 lah dengan orang kat sini yer..mereka tolong kita sebab ada niat...oo..kami tertipu...habis 200,000 rupiah untuk barang yang tak boleh diguna...♥

♥Ok..sudah selesai melawat kawah Domas, kami nak keluar dari situ untuk ke kawah Ratu....kami ke kawah Ratu menaiki kereta tapi untuk ke kereta terpaksa menempuh jalan tadi semula..aduhai..dua kali jungle tracking aku...huhuhuu....♥

♥Inilah dia kawah Ratu...kebanyakkan semua peloncang pergi melawat kawah ni ajer...yang sukakan adventure (macam husband akulah..) saje akan minta ke kawah Domas jugak....dan kalau ada budak2 pun, eloklah ke kawah Ratu ajer....♥

♥Inilah keadaan di kawah Ratu...selain ambil gambar dengan pemandangan yang cantik2, di sini terdapat kedai2 kecil yang menjual macam2 barang....♥
♥Tengok lelaki berbaju biru kat gambar tengah ni...Ohh..kami tidak akan tertipu sekali lagi...sejak mula2 kami turun dari kereta, dia dah ekori kami dan nak tolong bawa jalan2 and ambil gambar kami...erm, langsung kami tak layan sebab tak nak kena beli barang lagi...♥

♥Kat sini pun sempat ajer aku shopping....heehhe...♥

♥Bergambar ajer...tak naik jalan2 pun..nasib baik bergambar free tak kena bayar..hehehe...♥

Selesai ajer melawat GTP ni, kami pergi makan tengah hari pulak..kali ni pak Yayan bawa kami makan makanan Sunda pulak seperti yang dijanjikan....nyam nyam...

♥Restoran yang kami pergi..BaLiBu - Bawah Lima Bulan..aku pun tak tahu apa maksud dia...♥

 ♥Restoran dia sangat cantik berkonsepkan buluh...kami memilih untuk makan di dalam pondok...♥
♥Pendapat aku tentang Sunda Food-erm nice jugak tapi kami lebih gemar Padang food sebab lebih kepada taste orang Malaysia kot..hehehe....♥

Selepas perut kenyang, kami menuju ke next destination iaitu ke kebun Strawberry...perjalanan ke kebun tu macam ala2 ke cameron highland..yelah, tempat tanam strawberry kan...atas bukit yang sejuk...


♥On the way ke Kebun Strawberry...kebetulan hari tu ada 3 majlis perkahwinan kat kawasan tu..dekat2 pulak tu....sempat aku ambil gambar...♥

♥Yeay...ready untuk petik strawberry...boleh petik sendiri tau...tapi semua tu, berbayar..biasalah kan..sekarang ni semua benda kena bayar....satu bakul 20,000 rupiah untuk petik 10 biji, lepas tu dia bagi secawan juice strawberry..♥

♥Petik betul2 yer....kakak tudung coklat tu sentiasa follow..satu sebab dia nak tunjuk mana buah yang dah masak dan boleh di petik..yang kedua, dia takut aku petik lebih dari 10 biji kot...hehehe...♥

♥Hasil kutipan kami...sudahnya kami cuma petik satu bakul jer...yelah, bukan nak makan sangat pun, nak bawa balik KL, belum sampai Bandung dah cair dah...♥



♥Sebelum balik, sempat jugak kami merasa naik kuda...dia bawa kami berjalan2 sekitar kebun strawberry ni....♥

♥Photo kenangan♥

Habis melawat kebun stroberi....hehehe....kami kembali semula ke Kota Bandung untuk continue for shoping....hhehehe....pak Yayan bawa kami ke Toko 3...tempat ni memang tempat wajib untuk lelaki...kat sini lah tempat jual Jeans Levi's murah2.......jugak terdapat banyak jual T-shirt berjenama macam Burberry, Polo, Nike, Calvin Klein dan pelbagai lagilah....kat sini aku beli t-shirt untuk adik2 lelaki, abang ipar, ayah aku serta ayah mertuaku...my husband??? Of courselah dia beli Levi's Jeans dan beberapa helai t-shirt...

♥DI Toko 3♥

Habis shopping di Toko 3, kami pergi lagi ke tempat semalam untuk habiskan lagi FOs yang tak sempat pergi lagi...kemudian, kami pergi Dinner...disebabkan kami shopping sampai kedai nak tutup jam 9 malam tu, so kedai makan yang pak Yayan nak bawa kami tu sudah tutup...at last, kami makan KFC ajer....huhuhu...

♥Nilah menu kami Di KFC....♥

After makan, pak Yayan hantar kami pulang ke hotel....erm..sampai bilik tak boleh terus tidur..kena kemas semua barang sebab esok nak check out....♥♥♥


No comments:

Post a Comment