Skip to main content

♥Fried Macaroni with Honey Chicken♥


Hello semua..saya kembali dengan cerita baru..hehehe...kali ni aku tak nak cerita pasal jalan-jalan..aku nak tambah scope cerita aku...hahahah...buat julung2 kalinya aku nak update pasal masakan a.k.a. resepi...

Aku ni tak adalah pandai masak sangat..bolehlah setakat nak bagi husband and anak2 makan...hee...yang penting, setiap kali aku masak, suami mesti cakap sedap..hee...

Ok, jangan membuang masak lagi aku, meh aku share kan resepi simple aku ni..tapi faveret food anak aku si Qeera tu..hee....

♥Ni bahan-bahannya...♥
1) Bawang putih - diketuk yer..
2) Bawang merah - dihiris halus
♥Sebenarnya sedap jugak kalau guna bawang besar...♥

♥Carrot - aku parut carrot ni..rajin semacam kan..hahaha...sebabnya, if potong dadu nanti Qeera pilih2..dia rasa carrot tu tau..so, aku parutlah...jadi dia tak perasan..hahaha...♥
  
♥Ayam - potong kecil2..lepas tu aku gaulkan dengan madu..kalau nak lagi sedap dan rasa kemanisan madu..perap dalam 2 jam before masak tau...♥
  
♥Sos tiram♥
  
♥Cili sos - kalau nak lagi sedap selain cili sos boleh guna cili boh atau cili giling..tapi disebabkan Qeera tak makan pedas, so aku tak letak..♥
  
♥Rebus macaroni sehingga lembut..♥ 

♥Dah lembut, tapiskan yer...♥

♥Sambil2 rebus macaroni tadi..boleh start menumis..panaskan minyak sedikit...♥
  
♥Minyak dah panas..masukkan bawang putih sehingga kekuningan...♥
  
♥Lepas tu masukkan bawang merah yang dihiris tadi..bagi siapa yang guna bawang besar, masukkan bawang besar yer...pada siapa yang nak guna cili boh tu, boleh masuk kan jugak..sampai dia naik minyak yer..api jangan kuat, nanti cili tu hangit pulak..hee...♥
  
♥Okay...sekarang kita masukkan ayam yang diperap dengan madu tadi...♥
  
♥Masak sehingga ayam kecut...ayam tu akan mengeluarkan air tau..so, jangan bagi sampai air tu kering...biar ada kuah sikit...♥
  
♥Ayam dah kecut..masukkan carrot...nampak tak ada air tu..aku tak letak air..tu dah jadi macam stok ayam lah...♥
  
♥Dah boleh masukkan macaroni tadi...dan kacau kan...♥
  
♥Masukkan garam secukup rasa...♥
 
♥Lepas tu masukkan cili sos dan jugak sos tiram..dan kacau hingga sebati...♥
  
♥Okay..siap dah...selamat mencuba...menu ni biasa aku buat untuk breakfast or minum petang...simple, ringan, sedap dan mengenyangkan..sesuai untuk kanak2...♥ 

Comments

Popular posts from this blog

♥Trip to Guangzhou-Hong Kong (Feb 2012) - Day 1♥

Ok..new story...entry kali ni aku nak story trip kami ke Guangzhou (GZH) and Hong Kong (HK) pada February 2012 yang lalu...erm...dah 7 bulan berlalu pun...tapi sebab tak sempat2 nak update kan....tak apa lah...just nak sharing info dengan u all so that kalau ada sesiapa yang nak plan ke sana...bolehlah ambil sedikit info yang berkenaanlah... Kami ke sana menaiki Air Asia as usual lah...ada jer promo ticket...cepat2 lah grab....pada asalnya kami hanya nak ke GZH sahaja...itu sebab aku beli tiket untuk 4 hari 3 malam sahaja...tapi biler aku survey2 rupa2 nya from GZH ke HK dekat sahaja about 2 hours kalau naik train....so aku pun memanjangkan langkah kami ke HK lah pulak..... Oh sebelum terlupa...kalau nak ke China kita diwajibkan memohon Visa untuk memasuki China yer....memandangkan kami akan keluar masuk dari GZH ke HK nanti ...so kami applied double Visa....jadi..aku sarankan pada sesiapa yang nak ke HK and any of place kat Tanah Besar China ni...better ambil dari Malaysia k...

♥Trip to Ho Chi Minh City, Vietnam - Day 1♥

Oh...setelah sekian lama...dah 8 bulan berlalu..barulah ada masa nak update blog ni pasal percutian kami 3 beranak ni ke Ho Chi Minh City (HCM), Vietnam.....walaupun lambat upload, tapi niat nak share cerita kat semua..kot2 boleh jadikan references.... Kami ke HCM ni selama 4 hari 3 malam...cukuplah kot dan kami gamble pergi sendiri and tak ambil mana2 travel agent pun....Kami pergi sana seminggu lepas hari raya....6-9 september 2011... Kali ni pergi kami naik Air Asia....dapat tiket promo...sorang dalam rm100+++...oklah tu kan...kalau nak dapat yang betul2 murah, nanti x pergi berjalan pulak...kerja penat2, kenalah reward diri kan... Flight kami ke HCM awal pagi...pukul 9.15 pagi...so dalam pukul 7 pagi dah terpacak kat LCCT tu...sian Qeera kena bangun awal pagi sebab nak pergi HCM ni...tapi tak apa...Qeera memang suka jalan2 pun...hehehe..... Kami selamat tiba di HCM lebih kurang jam 10.10 am (waktu HCM)...nasib flight tak delay...waktu di HCM cepat 1 jam dari Malays...

♥I Love Coway...♥

'I Love Coway'..siapa pernah dengar lagu iklan Coway ni..hee...kali ni aku bukan nak buat iklan yer..bukan jugak nak promote..tak dapat duit pun promosi aku ni..hee...tapi saja nak share dengan you all pasal produk Jenama nombor 1 Korea ni...kami baru jer beli penapis air Coway ni..adalah dalam 2 minggu..tapi baru berkesempatan nak update and share dengan you all..senang kerja kami..kalau tak, setiap bulan at least 4 dozen air mineral 1.5 liter kami kena beli..sebabnya aku tak yakin dengan kebersihan air tanpa ditapis ni..nak2 aku ada anak kecil yang nak minum susu kan..mestilah aku kena bagi air yang bersih untuk mereka.. You all selalu tak menghadapi situasi di mana korang rasa kualiti air di rumah yang kadang kala dipenuhi keladak dan karat, terasa seperti air bercampur dengan klorin, air dimasuki serangga atau berbau lipas dan macam-macam lagilah..tapi, dengan adanya COWAY, korang boleh  hidup dengan lebih sihat beserta dengan penjimatan kos dan tenaga dengan mem...