Skip to main content

♥Homemade Mushroom Soup♥

Hai semua..aku kembali dengan menu baru..hee...ingat tak hari tu aku ada share resepi Garlic Bread with Mushroom Soup..tapi, at that time mushroom soup dia aku guna yang brand Campbell tu..

Kali ni, aku dah cuba buat sendiri mushroom soup tu untuk breakfast pagi tadi..hasilnya memang sangat memuaskan wei..kalah Pizza Hut tau..hahaha...Entry kali ni aku nak Share resepi untuk Mushroom Soup saje..pada yang nak tahu cara buat Garlic Bread, boleh refer pada SINI..

 ♥Menu pagi tadi..Garlic Bread with Mushroom soup..simple dan mudah disediakan..tak sampai setengah jam pun wei..

 ♥Antara bahan-bahannya.. 2 ulas bawang putih & 1 biji bawang besar..

 ♥Bawang putih dan bawang besar tadi dicincang halus..

 ♥Cendawan butang..aku beli yang dalam tin tu..ada 8 biji..

 ♥Cincang cendawan butang ni dan bahagikan kepada 2 bahagian...3/4 & 1/4 bahagian..

 ♥Sedikit lada hitam..

 ♥Setengah kiub ayam..

 ♥2 sudu besar butter..

 ♥500 ml susu full cream..

 ♥Panaskan butter..

 ♥Tumis bawang dan 3/4 bahagian mushroom yang sudah dicincang sehingga layu..

 ♥Masukkan 250 ml susu full cream..

 ♥Masukkan kiub ayam dan sedikit serbuk lada hitam..

 ♥Kacau rata sehingga mendidih. Kemudian, tutup api dan biarkan ia sejuk sedikit. Kemudian blend kan sehingga lumat..

 ♥Masukkan bahan yang telah diblend ke dalam periuk semula..kemudian, masukkan lebihan 250 ml susu full cream + 1/4 bahagian mushroom + 2 sudu kecil tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air..kacau rata sehingga mendidih..kemudian masukkan garam secukup rata dan kacau sekali lagi..

♥Siap hidangan kita pada hari ni..simple dan cepat kan...yang pasti memang sedap sehingga menjilat mangkuk...selamat mencuba..

Comments

Popular posts from this blog

♥Trip to Guangzhou-Hong Kong (Feb 2012) - Day 1♥

Ok..new story...entry kali ni aku nak story trip kami ke Guangzhou (GZH) and Hong Kong (HK) pada February 2012 yang lalu...erm...dah 7 bulan berlalu pun...tapi sebab tak sempat2 nak update kan....tak apa lah...just nak sharing info dengan u all so that kalau ada sesiapa yang nak plan ke sana...bolehlah ambil sedikit info yang berkenaanlah... Kami ke sana menaiki Air Asia as usual lah...ada jer promo ticket...cepat2 lah grab....pada asalnya kami hanya nak ke GZH sahaja...itu sebab aku beli tiket untuk 4 hari 3 malam sahaja...tapi biler aku survey2 rupa2 nya from GZH ke HK dekat sahaja about 2 hours kalau naik train....so aku pun memanjangkan langkah kami ke HK lah pulak..... Oh sebelum terlupa...kalau nak ke China kita diwajibkan memohon Visa untuk memasuki China yer....memandangkan kami akan keluar masuk dari GZH ke HK nanti ...so kami applied double Visa....jadi..aku sarankan pada sesiapa yang nak ke HK and any of place kat Tanah Besar China ni...better ambil dari Malaysia k...

♥Road Trip to Hatyai - Krabi May 2015 : Day 5 & 6♥

♥Hello semua..hari terakhir kami di Krabi..pagi tu kami santai-santai jer..sementara nak tunggu masa untuk check out..dan kembali ke Hatyai...5 hours drive journey, so kena relax-relax lah..nanti driver and co-driver penat..hee... ♥Pagi ni baru ada kesempatan nak ambil pic restoran dekat Aonang Orchid resort ni..hee...selalu makan laju-laju jer sebab nak rushing untuk activity kami..hee.. ♥ Lepas breakfast, sempat lagi seround bawa anak-anak mandi kat swimming pool..lepas tu naik bilik, kemas-kemas dan bersiap untuk check out.. ♥Selepas check out, kami singgah makan di Street Food di sepanjang Aonang beach..situ memang famous lah dengan halal food..yang paling famous sekali adalah Banana Pancake Yaminlah..memang sedap kami ambil Nutella Banana Pancake..makan panas-panas memang awesome! Hahaha...selain itu kami makan Dried Fry Shrimp..nampak tak dalam paper cup yang panjang2 atas meja tu..hee...pulut mangga pun sedap..dan yang paling best bagi aku Ice Coffee dia..terbaik...

♥I Love Coway...♥

'I Love Coway'..siapa pernah dengar lagu iklan Coway ni..hee...kali ni aku bukan nak buat iklan yer..bukan jugak nak promote..tak dapat duit pun promosi aku ni..hee...tapi saja nak share dengan you all pasal produk Jenama nombor 1 Korea ni...kami baru jer beli penapis air Coway ni..adalah dalam 2 minggu..tapi baru berkesempatan nak update and share dengan you all..senang kerja kami..kalau tak, setiap bulan at least 4 dozen air mineral 1.5 liter kami kena beli..sebabnya aku tak yakin dengan kebersihan air tanpa ditapis ni..nak2 aku ada anak kecil yang nak minum susu kan..mestilah aku kena bagi air yang bersih untuk mereka.. You all selalu tak menghadapi situasi di mana korang rasa kualiti air di rumah yang kadang kala dipenuhi keladak dan karat, terasa seperti air bercampur dengan klorin, air dimasuki serangga atau berbau lipas dan macam-macam lagilah..tapi, dengan adanya COWAY, korang boleh  hidup dengan lebih sihat beserta dengan penjimatan kos dan tenaga dengan mem...