Skip to main content

♥Trip to Ho Chi Minh City, Vietnam - Day 3♥


Ok....now we continue our story in HCM for day 3...Tapi, hari ke 3 ni tak mencabar seperti hari kedua....sebab, kali ni kami cuma jalan2 di sekitar bandar HCM jer....kebiasaannya, selepas ke Delta Mekong, sesiapa yang ke HCM ni akan melawat ke Chu Chi Tunnel (CCT)....

CCT merupakan terowong bawah tanah ciptaan gerila Vietkong semasa peperangan dengan tentera Amerika pada tahun 1968 di mana CCT ini antara tempat yang paling digeruni oleh Tentera Amerika kerana seluruh kawasan ini banyak terdapat Jerangkap samar. Ramai tentera Amerika terkorban akibat terkena jerangkap samar ini sehingga membolehkan Vietnam menang dalam peperangan pada tahun 1975. Tapi...kami decide tak nak ke CCT ni memandangkan Qeera masih kecil...risau jugakkan kami nak bawa dia ke sana takut apa2 jadi....



♥Ok...kita breakfast dulu....sebelum nak gi jalan2 ni kenalah isi perut dulu...hehehe...♥ 


 ♥Oh...lupa nak cerita...gambar ni diambil dari bilik kami...erm, kat HCM ni memang terkenal dengan kabel elektrik yang serabut macam ni...sampaikan kat t-shirt yang dijual pun ada gambar kabel elektrik ni...hahaha....erm..pelik2....cmner lah boleh dapat kelulusan cmni kan....♥


 ♥Pagi ni kami decide nak melawat ke museum2 sahaja...memandangkan semua museum hanya di sekitar bandar sahaja, so kami pergi jalan kaki saja sambil melihat pemandangan dan ragam2 orang2 di HCM...♥


 ♥Museum pertama yang kami pergi adalah War Remnants Museum (WRM)...kalau ke HCM ni, wajiblah ke WRM...sebab, kat WRM ni yang menyimpan segala bukti peperangan dan kesan pasca peperangan ke atas Vietnam.Serta bagaimana Vietnam bangkit semula selepas apa yang pernah berlaku kepada mereka satu ketika dulu.....♥


 ♥Antara gambar2 yang sempat di snap...tak sampai hatilah tengok gambar2 yang dipamerkan...sayu hati ni...huhuhu....♥


 ♥Baju yang dipakai semasa Vietnam War dulu....♥


 ♥Erm...Qeera tidur pulak sebaik sajer masuk dalam WRM ni...agaknya cuaca kat luar hujan renyai2...pastu masuk dalam sejuk ada air-cond..dia pun terus lelap lah...hehehe....♥


 ♥WRM ni ada 2 tingkat....lepas tu dibahagikan kepada beberapa section..setiap section mempamerkan bahan yang berbeza...♥


 ♥Ini di luar WRM....terdapat kereta kebal, helikopter dan senjata sewaktu peperangan dulu...♥


 ♥Ini pula 'Tiger Cages'...special penjara kot...tak tahulah untuk siapa...aku tak masuk...cuma Husband yang masuk....tak beranilah nak bawa Qeera ke tempat2 yang ada kesan sejarah macam tu...hehehe....♥


 ♥Okay...dah habis melawat WRM, kami jalan2 lagi...nasiblah cuaca redup sebab baru lepas hujan....tempat kedua kami tuju ialah The Reunification Palace @ Presidential palace atau juga dikenalai sebagai Independence Palace (IP)...IP ini merupakan rumah dan tempat kerja President Vietnam Selatan masa perang Vietnam dulu...Tapi malang betul sewaktu kami sampai di sini, time lunch hour...jadi IP ni tutup...huhuhu...rugi2....sebab IP ni pun antara tempat wajib yang perlu kita pergi kalau ke HCM ni...huhuhu....♥


 ♥Oklah....nak mengubat hati sebab tak dapat masuk IP, kami pun sambung perjalanan kami dan singgah di Notre Dame (ND)...ND adalah lambang peninggalan Perancis di HCM. Sebuah gereja yang di bina berasaskan senibina Perancis. Memang banyak gambar menarik boleh kita ambil di sini sebab pemandangan di sekitar DM ni memang cantik...tengok tu, siap ada orang ambil gambar untuk wedding photoshoot....tapi kami cuma bergambar di luar ND sahaja...tak berani nak menjengah ke dalam...hehehe....♥


 ♥Tengok bunga2 di sekitar ND ni...cantik dan segar....♥


 ♥Berhadapan dengan ND adalah Central Post Office (CPO)...reka bentuk building dia memang sangat cantik...itu sebablah ramai pelancong datang ke CPO ni....CPO ni jugak masih beroperasi tau....♥


 ♥Ni suasana kat dalam CPO....tengoklah pondok telefon dia dan ATM machine dia..cantik betul rekaan dia...siap ada air-cond kat dalam pondok telefon tu....meja untuk menulis pun ada disediakan...♥


♥Ok...kami memanjangkan lagi langkah kami ke Opera House pulak....ouchhh...sexy pulak gambar patung kat belakang tu...hehehe....♥ 


 ♥Ohhh...penat berjalan dari pagi sampai ke tengah hari...siap boleh sempat singgah Parkson cari puting untuk Qeera....nasiblah ada Parkson kat HCM ni...keluar dari Parkson, kami pun singgah untuk cari kedai makan...kali ni kami lunch di Restauran  D'Nyonya...restauran ni tak jauh dari Restauran Halal @ Saigon...ada aku cerita dalam entry Part 1...♥


 ♥Ok..restauran ni lebih kepada Chinese Food...kami order Mihun Sup with Fish fillet untuk aku dan husband order beef noodle yang famous kt Vietnam dikenali sebagai 'Pho'....sedap....sampai sekarang aku teringat mihun sup aku tu...♥


 ♥Ok...nilah dia puting beli kat Parkson...nasiblah kat Parkson HCM ni ada jual barangan baby brand Pigeon...yang lain ntah2 apa2 jer brand dia...hehehe....sonoknyer Qeera dapat puting balik...hehehe...memula dia belek2 dulu puting tu....♥


 ♥Now, time untuk shopping....lepas makan tadi, kami balik ke hotel sekejap untuk rest...lepas rest, kami pun menuju ke tempat shopping yang terkenal di HCM dikenali sebagai Ben Thant Market (BTM)...ala2 Pasar Payang kat Terengganu tu...ehehe...suka2 aku jer ek...♥


 ♥Di BTM ni macam2 benda ada terjual...tapi yang paling banyak sekali orang menjual baju dan kain2 pasang...rambang mata aku....sempatlah sambar sepasang kain yang sarat dengan manik2...hehehe....dan yang menariknya, diorang boleh ambil tempahan baju dan boleh siap dalam masa satu hari jer...so aku pun tempahlah sepasang dan esoknya diorang hantar ke Hotel aku....murah okay...baju yang aku tempah tu hanya RM80 sahaja.....baju dia penuh manik2, full lining lagi...kalau kat KL, tempah baju ajer dh rm100...belum masuk kain lagi...puas hati betul...♥


 ♥Selepas penat shopping di BTM, kami kembali ke hotel...kesian baby Qeera...penat sangat berjalan....bagi dia rest lama sikit....kali ni kami Dinner dia restoran Lion City...dah nama pun Lion, of course kepunyaan orang Singapore...restaurant ni terbahagi kepada dua tingkat di mana tingkat atas untuk yang halal punya....♥


 ♥Kali ni kami order nasi putih dan lauk pauk...sedap2...tapi price kat sini mahal sikit berbanding restauran2 lain yang pernah kami pergi...total kami makan about RM90 jugak...tapi lauk dia banyak...kami siap tapau makanan lebih tu...hehehe...buat macam kat KL pulak...hehehe...♥


 ♥Sesudah kenyang...kami sambung shopping di night market dia....bagi aku, barang2 kat night market dia lebih murah dari BTM tapi same quality and material....aku beli sepasang baju traditional vietnam lengan panjang...untuk aku dan satu untuk Qeera, hanya VND 250,000 jer bersamaan dengan RM40++..tapi kat BTM market, untuk baju orang besar saja dah VND 400,000...pastu susah nak tawar pulak tu....so, siapa2 yang nak ke HCM ni, aku sarankan cek harga kat night market jugak and compare kat BTM...kami beli souvenier pun kat night market jugak...jauh lebih murah..siap dapat free gift lagi...hehehe.....♥

Ok, sekian untuk cerita aku kali ni....nanti sambung untuk last day kami di HCM...♥♥♥

Comments

  1. KC 2 kali pegi HCMC. dua2 trip pun shopping semata jer. tak ambek trip ke mana2. nak buat camna .. 'ladies trip' .. menyopping je la kerja. hehehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

♥Seafood Lasagna♥

Resipi kali ini adalah menu favourite aku dan anak aku Qeera setiap kali makan di Pizza Hut..Masa aku pregnant kan dia..sebulan atleast 3 kali mesti makan punyalah..tu sebab dia pun suka makan..kalau kat Pizza Hut tu, memang dia boleh habis lah satu lasagna tu..tak boleh share dengan mommy dah....   Erm..memandangkan harga Seafood kat lasagna ni boleh cover 3 hari lunch mommy..aku pun cuba-cubalah nak masak sendiri.. and Alhamdulillah..Qeera cakap, "Mommy..its yummy! Delicious!"..erm..betul lah sedap tu..budak2 kan tak reti menipu..hehehe...   ♥ Okay..ni lah rupanya Seafood Lasagna aku..dapat ambil gambar ni jer..hasil di dalamnya tak sempat nak snap..Qeera and Papa dah ngap dulu sampai licin.. ♥ Ok, meh sini aku share resepi dia..nampak macam complicated, tapi bila dah buat..senang jer rupanya..resepi ni pun aku dapat dari  Kongsi Resepi .. so, aku pun try lah... ♥ BAHAN A ♥   ♥ 4 keping kulit lasagna ♥ ♥ 1 sudu kecil o...

♥I Love Coway...♥

'I Love Coway'..siapa pernah dengar lagu iklan Coway ni..hee...kali ni aku bukan nak buat iklan yer..bukan jugak nak promote..tak dapat duit pun promosi aku ni..hee...tapi saja nak share dengan you all pasal produk Jenama nombor 1 Korea ni...kami baru jer beli penapis air Coway ni..adalah dalam 2 minggu..tapi baru berkesempatan nak update and share dengan you all..senang kerja kami..kalau tak, setiap bulan at least 4 dozen air mineral 1.5 liter kami kena beli..sebabnya aku tak yakin dengan kebersihan air tanpa ditapis ni..nak2 aku ada anak kecil yang nak minum susu kan..mestilah aku kena bagi air yang bersih untuk mereka.. You all selalu tak menghadapi situasi di mana korang rasa kualiti air di rumah yang kadang kala dipenuhi keladak dan karat, terasa seperti air bercampur dengan klorin, air dimasuki serangga atau berbau lipas dan macam-macam lagilah..tapi, dengan adanya COWAY, korang boleh  hidup dengan lebih sihat beserta dengan penjimatan kos dan tenaga dengan mem...

♥Trip to Guangzhou-Hong Kong (Feb 2012) - Day 1♥

Ok..new story...entry kali ni aku nak story trip kami ke Guangzhou (GZH) and Hong Kong (HK) pada February 2012 yang lalu...erm...dah 7 bulan berlalu pun...tapi sebab tak sempat2 nak update kan....tak apa lah...just nak sharing info dengan u all so that kalau ada sesiapa yang nak plan ke sana...bolehlah ambil sedikit info yang berkenaanlah... Kami ke sana menaiki Air Asia as usual lah...ada jer promo ticket...cepat2 lah grab....pada asalnya kami hanya nak ke GZH sahaja...itu sebab aku beli tiket untuk 4 hari 3 malam sahaja...tapi biler aku survey2 rupa2 nya from GZH ke HK dekat sahaja about 2 hours kalau naik train....so aku pun memanjangkan langkah kami ke HK lah pulak..... Oh sebelum terlupa...kalau nak ke China kita diwajibkan memohon Visa untuk memasuki China yer....memandangkan kami akan keluar masuk dari GZH ke HK nanti ...so kami applied double Visa....jadi..aku sarankan pada sesiapa yang nak ke HK and any of place kat Tanah Besar China ni...better ambil dari Malaysia k...