Resipi kali ini adalah menu favourite aku dan anak aku Qeera setiap kali makan di Pizza Hut..Masa aku pregnant kan dia..sebulan atleast 3 kali mesti makan punyalah..tu sebab dia pun suka makan..kalau kat Pizza Hut tu, memang dia boleh habis lah satu lasagna tu..tak boleh share dengan mommy dah....
Erm..memandangkan harga Seafood kat lasagna ni boleh cover 3 hari lunch mommy..aku pun cuba-cubalah nak masak sendiri.. and Alhamdulillah..Qeera cakap, "Mommy..its yummy! Delicious!"..erm..betul lah sedap tu..budak2 kan tak reti menipu..hehehe...
♥Okay..ni lah rupanya Seafood Lasagna aku..dapat ambil gambar ni jer..hasil di dalamnya tak sempat nak snap..Qeera and Papa dah ngap dulu sampai licin..♥
Ok, meh sini aku share resepi dia..nampak macam complicated, tapi bila dah buat..senang jer rupanya..resepi ni pun aku dapat dari Kongsi Resepi.. so, aku pun try lah...
♥BAHAN A♥
♥4 keping kulit lasagna♥
♥1 sudu kecil olive oil♥
♥Air secukupnya♥
♥BAHAN B♥
♥1/2 labu bawang besar - didadu kecil♥
♥2 biji bawang putih - dicincang halus♥
♥Satu sudu butter..♥
♥Sedikit Oregano / Basil Leaves..♥
♥BAHAN C (White Sauce)♥
♥2 Sudu besar butter..♥
♥500 ml Susu Dutch Lady Full Cream..♥
♥1 sudu besar tepung gandum..bancuh dengan air..♥
♥2 slices cheddar cheese..♥
♥120 gram cream cheese..kalau beli macam ni..guna separuhlah..♥
♥Panaskan periuk..dan masukkan butter untuk dicairkan..pastikan api sangat perlahan yer sebab butter ni mudah hangit..♥
♥Kemudian masukkan susu...kacau sehingga mendidih..pastikan kacau tanpa henti supaya campuran tepung tadi tak berketul-ketul..♥
♥Masukkan cheddar cheese slices tu..kacau sehingga cair dan rata..♥
♥Masukkan cream cheese dan taburkan sedikit lada hitam..kacau sehingga cream cheese ni cair dan white sauce manjadi pekat dan likat..♥
Cara Membuatnya :
♥Rebus kulit lasagna sehingga lembut. Aku masukkan butter masa nak rebus supaya lasagna tak melekat..tapi boleh juga masukkan olive oil ke dalam rebusan tersebut..dah lembut, angakat dan toskan..♥
♥Panaskan kuali..dan masukkan butter untuk dicairkan..pastikan api sangat perlahan yer sebab butter ni mudah hangit..♥
♥Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan garam..kemudian kacau sehingga sebati..kemudian masukkan oregano / daun basil..kacau sekejap dan angkat..♥
♥Masukkan Susu, Butter, Garam dan Serbuk lada hitam ke dalam periuk yang sudah dipanaskan...kemudian gaul perlahan-lahan sambil memasukkan tepung gandung sedikit demi sedikit..♥
♥Kacau perlahan-lahan sehingga kuah menjadi pekat dan serata..♥
♥Sapukan butter pada permukaan Casserole..♥
♥STEP 1 : Susun 2 keping lasagna di dalam casserole 20cm..♥
♥STEP 2 :Masukkan sebahagian bahan B dan ratakan. Macam kedekut jer aku kan letak seketul-seketul..hahaha...abaikan..yang penting rasanya okay...♥
♥STEP 3 : Kemudian curahkan separuh white sauce diatasnya dan ratakan...♥
♥Ulang sekali lagi STEP 1 - STEP 3..♥
♥Taburkan Mozzarella cheese sehingga menutup lapisan terakhir lasagna itu...♥
♥Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 30 minit..Pastikan api dalam arah atas dan bawah yer..bagi balance sikit nanti kepanasannya..♥
♥Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau di makan begitu sahaja..♥
Senangkan resepi kali ini..memang nampak leceh tapi senang jer..rasa pun sedap..selamat mencuba...♥
Comments
Post a Comment