Skip to main content

♥Chicken Lasagna♥

Seafood Lasagna dah masak..resepinya boleh klik pada link tu yer...hari ni, aku masak chicken lasagna pulak..memandangkan hari ni kakak aku dan anak-anaknya nak datang, aku nak masak special sikitlah..selalunya asyik masak nasi berlauk jer..kebetulan diorang datang selepas tengah hari, dan sesuailah makan lasagna untuk hi-tea kan..hehehe...

Cara masak dia sama jer dengan Seafood lasagna ni..cuma bahagian intinya sahaja berbeza..tapi tetap senang yer..so, tak ada alasan lagi untuk tak nak mencuba..kebetulan minggu ni cuti panjang sempena Chinese New Year, so, bolehlah masak yang best-best sikit...


♥Ini dia Chicken Lasagna aku...mengiurkan tak...hehehe...jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara penyediaannya...


BAHAN A - KULIT♥ 



♥4 keping kulit lasagna..
♥Air secukupnya..
♥Rebus kulit lasagna sehingga lembut..angkat dan toskan..


BAHAN B - TOPPING♥ 


♥3 batang sausage..dihiris halus-halus..

Mozarella cheese..diparut halus-halus..if nak senang, beli yang dah siap diparut..tapi mahal sikitlah dan kuantiti pun sikit..


BAHAN C - INTI♥ 

1/2 labu bawang besar - didadu kecil
2 biji bawang putih - dicincang halus


♥Satu sudu butter..

Daging ayam dicincang halus..if nak senang boleh gunakan daging cincang..sama ada daging lembu or daging ayam..tapi aku lebih suka guna daging fresh dan cincang sendiri...tapi, setakat masak untuk 5 orang bolehlah cincang sendiri..hehehe..kalau seratus orang..jenuh nak mencincangnya..haha...

Sos Spagethi Tomato Mushroom..tak kisah brand apa pun...




CARA-CARA MASAK INTI



♥Panaskan butter..





♥Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi..





♥Masukkan ayam cincang tadi..sehingga ayam kecut atau masak..

♥Masukkan Sos Spagethi Tomato Mushroom..dan kacau rata...


BAHAN D - WHITE SAUCE♥ 


♥2 Sudu besar butter..

♥500 ml Susu Dutch Lady Full Cream..

♥1 sudu besar tepung gandum..bancuh dengan air..

♥2 slices cheddar cheese..

♥120 gram cream cheese..kalau beli macam ni..guna separuhlah..


Panaskan periuk..dan masukkan butter untuk dicairkan..pastikan api sangat perlahan yer sebab butter ni mudah hangit..

♥Masukkan tepung..kacau rata...

♥Kemudian masukkan susu...kacau sehingga mendidih..pastikan kacau tanpa henti supaya campuran tepung tadi tak berketul-ketul..

♥Masukkan cheddar cheese slices tu..kacau sehingga cair dan rata..

♥Masukkan  cream cheese..kacau sehingga cream cheese ni cair dan white sauce manjadi pekat dan likat..


CARA MENYEDIAKAN LASAGNA

Sapukan butter pada permukaan Casserole..

STEP 1 : Susun kepingan lasagna di dalam casserole 20cm..


STEP 2 :Masukkan sebahagian bahan C (Inti) dan ratakan sehingga menutupi lapisan kulit lasagna...

♥STEP 3 : Taburkan kepingan sausage..ikut suka nak letak atau tidak sebab inti tadi dah penuh ayam cincang kan..

STEP 4 : Kemudian curahkan separuh white sauce diatasnya dan ratakan...dan taburkan mozarella cheese..

Ulang sekali lagi STEP 1 - STEP 4..

♥STEP 5 : Selepas ulang step 1-4 tadi, tutup lapisan paling atas tu dengan kulit lasagna dan taburkan mozarella cheese..

Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 30 minit..Pastikan api dalam arah atas dan bawah yer..bagi balance sikit nanti kepanasannya..

Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili  atau di makan begitu sahaja..

Comments

  1. Adoiii...... terliurnye kite.
    Tq for the recipe... leh try buat.

    http://danishmyamyra.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..try lah..nampak macam rumit..tapi senang je buat dia..kejap jer..ni pun xsempat snap picture dalam dia..dah abis di makan..hee..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

♥I Love Coway...♥

'I Love Coway'..siapa pernah dengar lagu iklan Coway ni..hee...kali ni aku bukan nak buat iklan yer..bukan jugak nak promote..tak dapat duit pun promosi aku ni..hee...tapi saja nak share dengan you all pasal produk Jenama nombor 1 Korea ni...kami baru jer beli penapis air Coway ni..adalah dalam 2 minggu..tapi baru berkesempatan nak update and share dengan you all..senang kerja kami..kalau tak, setiap bulan at least 4 dozen air mineral 1.5 liter kami kena beli..sebabnya aku tak yakin dengan kebersihan air tanpa ditapis ni..nak2 aku ada anak kecil yang nak minum susu kan..mestilah aku kena bagi air yang bersih untuk mereka.. You all selalu tak menghadapi situasi di mana korang rasa kualiti air di rumah yang kadang kala dipenuhi keladak dan karat, terasa seperti air bercampur dengan klorin, air dimasuki serangga atau berbau lipas dan macam-macam lagilah..tapi, dengan adanya COWAY, korang boleh  hidup dengan lebih sihat beserta dengan penjimatan kos dan tenaga dengan memiliki

♥Seafood Lasagna♥

Resipi kali ini adalah menu favourite aku dan anak aku Qeera setiap kali makan di Pizza Hut..Masa aku pregnant kan dia..sebulan atleast 3 kali mesti makan punyalah..tu sebab dia pun suka makan..kalau kat Pizza Hut tu, memang dia boleh habis lah satu lasagna tu..tak boleh share dengan mommy dah....   Erm..memandangkan harga Seafood kat lasagna ni boleh cover 3 hari lunch mommy..aku pun cuba-cubalah nak masak sendiri.. and Alhamdulillah..Qeera cakap, "Mommy..its yummy! Delicious!"..erm..betul lah sedap tu..budak2 kan tak reti menipu..hehehe...   ♥ Okay..ni lah rupanya Seafood Lasagna aku..dapat ambil gambar ni jer..hasil di dalamnya tak sempat nak snap..Qeera and Papa dah ngap dulu sampai licin.. ♥ Ok, meh sini aku share resepi dia..nampak macam complicated, tapi bila dah buat..senang jer rupanya..resepi ni pun aku dapat dari  Kongsi Resepi .. so, aku pun try lah... ♥ BAHAN A ♥   ♥ 4 keping kulit lasagna ♥ ♥ 1 sudu kecil olive oil ♥

♥Nasi Lemak Tersedap di Tanah Rata, Cameron Highlands...♥

Ok..pagi2 ni tengah perut terasa lapar..tetiba aku teringat nasi lemak sedap yang aku makan di Tanah Rata (TR), Cameron Highland (CH)....actually, story ni aku update sikit jer dari cerita aku about my visit to CH..tapi..pada yang malas nak baca cerita yang tak berkaitan nasi lemak tu..baca sini ajer..hehhee... Di mana nasi lemak yang tersedap tu???? Hahaha...kesedapan ikut tekak aku and lidah aku lah...tapi, diberi sokongan oleh suami, adik dan adik ipar aku..maksudnya, betul2 sedaplah kan....  Kedainya terletak di Pekan Tanah Rata tu....nama gerai  dia adalah Gerai Bunga Melur (GBM)..GBM ni adalah deretan kedai2 makan kat tepi jalan di pekan TR tu...bukan ada satu kedai...tapi ada banyak kedai....tengok pic di bawah ni..sila cari seperti dalam gambar ok..unless signboard dah bertukarlah...hahaha.... ♥Ni lah GBM...kalau mengadap gerai ni..kedai nasi lemak yang sedap tu di sebelah kiri dan hujung sekali...♥   ♥Inilah rupa nasi lemak dia...berbalut ngan daun pisang...tu