Skip to main content

♥I Love Coway...♥

'I Love Coway'..siapa pernah dengar lagu iklan Coway ni..hee...kali ni aku bukan nak buat iklan yer..bukan jugak nak promote..tak dapat duit pun promosi aku ni..hee...tapi saja nak share dengan you all pasal produk Jenama nombor 1 Korea ni...kami baru jer beli penapis air Coway ni..adalah dalam 2 minggu..tapi baru berkesempatan nak update and share dengan you all..senang kerja kami..kalau tak, setiap bulan at least 4 dozen air mineral 1.5 liter kami kena beli..sebabnya aku tak yakin dengan kebersihan air tanpa ditapis ni..nak2 aku ada anak kecil yang nak minum susu kan..mestilah aku kena bagi air yang bersih untuk mereka..

You all selalu tak menghadapi situasi di mana korang rasa kualiti air di rumah yang kadang kala dipenuhi keladak dan karat, terasa seperti air bercampur dengan klorin, air dimasuki serangga atau berbau lipas dan macam-macam lagilah..tapi, dengan adanya COWAY, korang boleh hidup dengan lebih sihat beserta dengan penjimatan kos dan tenaga dengan memiliki sistem penulenan air (water purifier) COWAY! Sangat berpuas hati okay...

♥Ni kami punya...Coway Water Purifier Villaem CHP-08AR


 ♥Smart, stylish, Modern Crafted or reka bentuk yang moden..harga dia berpatutan jugak..
1) Cash RM3,800 - 1 year free service and maintenance (service every 2 months) 
2) Sewa beli RM125 sebulan - 5 years free service and maintenance (service every 2 months)--> kontrak 2 tahun.., after 5 years jadi hak milik kekal..

so, korang pilih lah nak pakej yang mana yer.. ♥


 ♥Ni ciri-ciri dia..aku nak cerita lebih pun tak reti..hehehe..Dia boleh simpan sampai 11 liter air - 6.4 liter air suhu bilik (Ambient), 3.7 liter Air sejuk & 1.2 liter air panas..so, selain dapat minum air bersih, dah jimat masa tak yah nak panas air bagai kalau korang nak minum air milo ker, teh ker..atau pun nak minum air sejuk tak yah tunggu sejam dua tunggu air sejuk dalam fridge kan..

 ♥Best sebab ada 3 jenis air, air panas, air sejuk dan suhu bilik..lagi2 macam aku ni ada anak kecil nak minum susu..dah tak perlu nak kena panaskan air dulu, tambah pula dengan air suam barulah siap susu... Kalau sesekali mungkin larat, tapi kalau tiap-tiap malam kul 3,4 pagi larat ke? tu yang nekad order Coway jugak..

 ♥Ciri-ciri keselamatan yang ada..

 ♥Ada temperature indicator..boleh tahu suhu air dalam tank..

 ♥Siap ada night mode sensor okay..bila malam dan tutup lampu dapur, automatik akan ada lampu keluar..so, tak perlu buka lampu pun boleh ambil air..kan jimat elektrik jugak..

 ♥Suhu air boleh dikawal..kalau tak nak air panas, boleh set kan kepada air suam..atau pun tak nak air sejuk, setkan kepada air suhu bilik..

 ♥Coway ni menggunakan system reverse osmosis..ada 6 step proses penapisan..memang memastikan kebersihan air okay..

 ♥Pemasangan dia kejap jer..tak sampai sejam pun dah siap..ada agent Coway yang datang pasang..pastikan ada sumber air dan plug di tempat yang nak letak nanti yer..dia akan pasangkan di kepala paip sinki rumah korang yer..

 ♥Ada dua saluran di sini..satu untuk menyalurkan air ke dalam Coway, dan satu saluran lagi untuk mengeluarkan air yang tidak bersih / tidak ditapis..so, sepanjang air disalurkan ke dalam Coway sehingga penuh, akan ada air keluar macam dalam pic ni..itu air kotor yer..nilah kot yang dipanggil Reverse Osmosis System..

 ♥Bila air dah penuh, lampu akan menyala macam ni..warna merah untuk air panas, warna biru untuk air sejuk..

 ♥Kalau tak nak air panas, korang boleh adjust ke warm water...untuk air panas juga ada safety lock, kalau nak ambil air panas, kena push button tu dulu..so, tak adalah budak2 main tekan jer..melecur nanti..

 ♥Ni pula untuk air sejuk..kalau tak nak cold water, boleh adjust ke ambient or suhu bilik...dengan adanya Coway ni, senang jer Qeera nak ambil air untuk minum..aku dah siap2 pesan kat dia jaga usik hot water..nanti panas..

 ♥Ini untuk tadah air yang menitis lepas kita ambil air tu..kalau adalah...so, kena cuci selalu yer bekas tu..

 ♥Hah..nilah night mode sensor nya..bila dah malam, tak buka lampu..akan keluar auto light ni..senang kan..

Hmm..apa lagi..buat pilihan yang bijak untuk kesihatan korang yer..bukan saja akan dapat bekalan air bersih untuk diminum di rumah pada bila-bila masa sahaja..tapi jimat masa dan tenaga nak jerang air paip dulu, tunggu sejuk dan barulah boleh minum. Dan tak payah susah-susah angkut air mineral seminggu sekali, buang masa dan buat penat badan sahaja. Dengan mesin penapis air coway, anytime anda boleh minum air bersih tanpa rasa ragu-ragu

Penapis air amat-amat memerlukan penjagaan yang berkala dari segi servis dan filter. Kalau korang guna penapis air tetapi buat acuh tak acuh tentang penukaran filter, tidak ada gunanya juga sebab air yang diminum itu lebih bahaya sebab terkumpulnya bahan-bahan tercemar. Dengan Coway, kita tidak perlu risau. Coway sendiri akan jaga penapis air itu dari segi servis dan penukaran filter secara berkala. Tugas kita hanya guna dan bayar je..hehehe..Iyelah, buat apa nak susah-susah beli, tukar filter sendiri, serahkan pada yang pakar je. PERCUMA sahaja! Okay..tu saja. Sekian...

Comments

  1. Assalam qeera,
    waaaa
    canggeh manggeh uols nyer panapeh ayor naaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Sha..
      Hee..Alhamdulillah..ada rezeki sikit..mana2 yang patut dan ikut keperluan bolehlah spent lebih sikit...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

♥Seafood Lasagna♥

Resipi kali ini adalah menu favourite aku dan anak aku Qeera setiap kali makan di Pizza Hut..Masa aku pregnant kan dia..sebulan atleast 3 kali mesti makan punyalah..tu sebab dia pun suka makan..kalau kat Pizza Hut tu, memang dia boleh habis lah satu lasagna tu..tak boleh share dengan mommy dah....   Erm..memandangkan harga Seafood kat lasagna ni boleh cover 3 hari lunch mommy..aku pun cuba-cubalah nak masak sendiri.. and Alhamdulillah..Qeera cakap, "Mommy..its yummy! Delicious!"..erm..betul lah sedap tu..budak2 kan tak reti menipu..hehehe...   ♥ Okay..ni lah rupanya Seafood Lasagna aku..dapat ambil gambar ni jer..hasil di dalamnya tak sempat nak snap..Qeera and Papa dah ngap dulu sampai licin.. ♥ Ok, meh sini aku share resepi dia..nampak macam complicated, tapi bila dah buat..senang jer rupanya..resepi ni pun aku dapat dari  Kongsi Resepi .. so, aku pun try lah... ♥ BAHAN A ♥   ♥ 4 keping kulit lasagna ♥ ♥ 1 sudu kecil o...

♥Persiapan untuk Majlis Aqiqah & Dhani 1st Birthday♥

Entry kali ni adalah kesinambungan dari entry pasal majlis Aqiqah & 1st Birthday Dhani ..since ramai yang cakap rajinnya mommy buat candy table sendiri, goodies bag sendiri..so aku sajalah nak share dengan lebih detail escpecially pasal candy table aku yang tak sempat nak ambil pic beriya..hahaha.. Kebetulah masa tengah buat persiapan tu aku ada snap pic barang2 yang aku letak kat table tu, so boleh lah jadikan bahan bukti..hahaha... ♥Ni jelah yang sempat di snap kan..itu pun tak sempat letak birthday cake..huhu..Banner design by adik ipar aku.. Darul Design ..belon..mommy yang tiup..nasib baik 10 biji jer..kalau tak jenuh sampai kembung pipi..huhuhu... ♥ Okay..meh aku share kan sedikit barang2 yang aku letak atas candy table tu..mana tahu boleh tolong korang jadikan rujukan..yelah, dari tempah pada orang, baik buat sendiri..lebih murah dan puas hati.. ♥Air mineral & Susu Kotak dutch lady..aku letak 6 botol mineral & 8 kotak dutch lady jer..kedekut tak mo...