Skip to main content

♥Ikan Siakap 3 Rasa♥

Wah..resepi baru lagi ni...resepi aku kali ni still fresh from oven okay...baru je lepas aku masak untuk dinner malam ni..tetiba rajin nak terus update kat blog pulak..kan best kalau selalu rajin macam ni kan..hahaha...

Okay, meh sini aku share cepat resipi Ikan Siakap 3 Rasa aku ni...senang jer cara nak masak dia..bahan-bahan dia pun mudah jer dan memang mesti ada dalam peti sejuk koranglah...contohnya, kalau tak ada ikan siakap, boleh jer guna ikan apa saja yang ada..ikan bawal ker, kerapu ker, kembung pun boleh kot..tapi feel tu tak macam makan kat kedai lah...hehehe....

 ♥Hah...nilah rupanya ikan Siakap 3 rasa aku ni..nampak menyelerakan tak..hehe...

 ♥Okay..ini bahan utama yer...
1) Bawang putih diketuk..
2) Halia dihiris halus..
3) Bawang besar dihiris..
4) Cili merah dihiris...

 ♥Timun & tomato dipotong dadu..

 ♥Daun sup untuk hiasan nanti...

 ♥Satu sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan air..kacau sampai sebati tau...

♥1/2 cawan cili sos...

 ♥1/2 cawan tomato sos...

♥1/2 cawan sos tiram...

♥Campurkan ketiga-tiga sos cili, sos tomato dan sos tiram..kacau sehingga sebati...

♥1 sudu besar cili giling

 ♥Ikan siakap anggaran 600 gram...untuk hilangkan hanyir dia..lepas siang dan cuci bersih-bersih tu..aku lumur dengan tepung jagung dan asam jawa..perap dalam 15 minit...

 ♥Lepas dah perap sekejap...baru lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit...kemudian goreng sehingga garing..api jangan kuat sangat yer...

 ♥Sambil-sambil goreng ikan tu, kita buat kuah dia pulak...Mula-mula, tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan..

 ♥Lepas tu, letakkan 1 sudu besar cili giling...kacau sehingga pecah minyak...

 ♥Masukkan 3 jenis sos yang dicampurkan tadi...

 ♥Letak sedikit air...kacau sehingga sebati..

 ♥Masukkan tomato, timun dan cili merah..

 ♥Kemudian, masukkan garam, gula dan sedikit madu..secukup rasa...

♥Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung..kacau sehingga kuah menjadi likat..

♥Kuah dah siap..ikan dah goreng...curahkan kuah yang tengah panas tu ke atas ikan yang dah digoreng garing tadi..kemudian, taburkan daun sup...siaplah ikan Siakap tiga rasa kita..mudah kan...selamat mencuba...

Comments

Popular posts from this blog

♥I Love Coway...♥

'I Love Coway'..siapa pernah dengar lagu iklan Coway ni..hee...kali ni aku bukan nak buat iklan yer..bukan jugak nak promote..tak dapat duit pun promosi aku ni..hee...tapi saja nak share dengan you all pasal produk Jenama nombor 1 Korea ni...kami baru jer beli penapis air Coway ni..adalah dalam 2 minggu..tapi baru berkesempatan nak update and share dengan you all..senang kerja kami..kalau tak, setiap bulan at least 4 dozen air mineral 1.5 liter kami kena beli..sebabnya aku tak yakin dengan kebersihan air tanpa ditapis ni..nak2 aku ada anak kecil yang nak minum susu kan..mestilah aku kena bagi air yang bersih untuk mereka.. You all selalu tak menghadapi situasi di mana korang rasa kualiti air di rumah yang kadang kala dipenuhi keladak dan karat, terasa seperti air bercampur dengan klorin, air dimasuki serangga atau berbau lipas dan macam-macam lagilah..tapi, dengan adanya COWAY, korang boleh  hidup dengan lebih sihat beserta dengan penjimatan kos dan tenaga dengan memiliki

♥Seafood Lasagna♥

Resipi kali ini adalah menu favourite aku dan anak aku Qeera setiap kali makan di Pizza Hut..Masa aku pregnant kan dia..sebulan atleast 3 kali mesti makan punyalah..tu sebab dia pun suka makan..kalau kat Pizza Hut tu, memang dia boleh habis lah satu lasagna tu..tak boleh share dengan mommy dah....   Erm..memandangkan harga Seafood kat lasagna ni boleh cover 3 hari lunch mommy..aku pun cuba-cubalah nak masak sendiri.. and Alhamdulillah..Qeera cakap, "Mommy..its yummy! Delicious!"..erm..betul lah sedap tu..budak2 kan tak reti menipu..hehehe...   ♥ Okay..ni lah rupanya Seafood Lasagna aku..dapat ambil gambar ni jer..hasil di dalamnya tak sempat nak snap..Qeera and Papa dah ngap dulu sampai licin.. ♥ Ok, meh sini aku share resepi dia..nampak macam complicated, tapi bila dah buat..senang jer rupanya..resepi ni pun aku dapat dari  Kongsi Resepi .. so, aku pun try lah... ♥ BAHAN A ♥   ♥ 4 keping kulit lasagna ♥ ♥ 1 sudu kecil olive oil ♥

♥Nasi Lemak Tersedap di Tanah Rata, Cameron Highlands...♥

Ok..pagi2 ni tengah perut terasa lapar..tetiba aku teringat nasi lemak sedap yang aku makan di Tanah Rata (TR), Cameron Highland (CH)....actually, story ni aku update sikit jer dari cerita aku about my visit to CH..tapi..pada yang malas nak baca cerita yang tak berkaitan nasi lemak tu..baca sini ajer..hehhee... Di mana nasi lemak yang tersedap tu???? Hahaha...kesedapan ikut tekak aku and lidah aku lah...tapi, diberi sokongan oleh suami, adik dan adik ipar aku..maksudnya, betul2 sedaplah kan....  Kedainya terletak di Pekan Tanah Rata tu....nama gerai  dia adalah Gerai Bunga Melur (GBM)..GBM ni adalah deretan kedai2 makan kat tepi jalan di pekan TR tu...bukan ada satu kedai...tapi ada banyak kedai....tengok pic di bawah ni..sila cari seperti dalam gambar ok..unless signboard dah bertukarlah...hahaha.... ♥Ni lah GBM...kalau mengadap gerai ni..kedai nasi lemak yang sedap tu di sebelah kiri dan hujung sekali...♥   ♥Inilah rupa nasi lemak dia...berbalut ngan daun pisang...tu