Skip to main content

♥Homemade Mushroom Soup♥

Hai semua..aku kembali dengan menu baru..hee...ingat tak hari tu aku ada share resepi Garlic Bread with Mushroom Soup..tapi, at that time mushroom soup dia aku guna yang brand Campbell tu..

Kali ni, aku dah cuba buat sendiri mushroom soup tu untuk breakfast pagi tadi..hasilnya memang sangat memuaskan wei..kalah Pizza Hut tau..hahaha...Entry kali ni aku nak Share resepi untuk Mushroom Soup saje..pada yang nak tahu cara buat Garlic Bread, boleh refer pada SINI..

 ♥Menu pagi tadi..Garlic Bread with Mushroom soup..simple dan mudah disediakan..tak sampai setengah jam pun wei..

 ♥Antara bahan-bahannya.. 2 ulas bawang putih & 1 biji bawang besar..

 ♥Bawang putih dan bawang besar tadi dicincang halus..

 ♥Cendawan butang..aku beli yang dalam tin tu..ada 8 biji..

 ♥Cincang cendawan butang ni dan bahagikan kepada 2 bahagian...3/4 & 1/4 bahagian..

 ♥Sedikit lada hitam..

 ♥Setengah kiub ayam..

 ♥2 sudu besar butter..

 ♥500 ml susu full cream..

 ♥Panaskan butter..

 ♥Tumis bawang dan 3/4 bahagian mushroom yang sudah dicincang sehingga layu..

 ♥Masukkan 250 ml susu full cream..

 ♥Masukkan kiub ayam dan sedikit serbuk lada hitam..

 ♥Kacau rata sehingga mendidih. Kemudian, tutup api dan biarkan ia sejuk sedikit. Kemudian blend kan sehingga lumat..

 ♥Masukkan bahan yang telah diblend ke dalam periuk semula..kemudian, masukkan lebihan 250 ml susu full cream + 1/4 bahagian mushroom + 2 sudu kecil tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air..kacau rata sehingga mendidih..kemudian masukkan garam secukup rata dan kacau sekali lagi..

♥Siap hidangan kita pada hari ni..simple dan cepat kan...yang pasti memang sedap sehingga menjilat mangkuk...selamat mencuba..

Comments

Popular posts from this blog

♥Seafood Lasagna♥

Resipi kali ini adalah menu favourite aku dan anak aku Qeera setiap kali makan di Pizza Hut..Masa aku pregnant kan dia..sebulan atleast 3 kali mesti makan punyalah..tu sebab dia pun suka makan..kalau kat Pizza Hut tu, memang dia boleh habis lah satu lasagna tu..tak boleh share dengan mommy dah....   Erm..memandangkan harga Seafood kat lasagna ni boleh cover 3 hari lunch mommy..aku pun cuba-cubalah nak masak sendiri.. and Alhamdulillah..Qeera cakap, "Mommy..its yummy! Delicious!"..erm..betul lah sedap tu..budak2 kan tak reti menipu..hehehe...   ♥ Okay..ni lah rupanya Seafood Lasagna aku..dapat ambil gambar ni jer..hasil di dalamnya tak sempat nak snap..Qeera and Papa dah ngap dulu sampai licin.. ♥ Ok, meh sini aku share resepi dia..nampak macam complicated, tapi bila dah buat..senang jer rupanya..resepi ni pun aku dapat dari  Kongsi Resepi .. so, aku pun try lah... ♥ BAHAN A ♥   ♥ 4 keping kulit lasagna ♥ ♥ 1 sudu kecil o...

♥I Love Coway...♥

'I Love Coway'..siapa pernah dengar lagu iklan Coway ni..hee...kali ni aku bukan nak buat iklan yer..bukan jugak nak promote..tak dapat duit pun promosi aku ni..hee...tapi saja nak share dengan you all pasal produk Jenama nombor 1 Korea ni...kami baru jer beli penapis air Coway ni..adalah dalam 2 minggu..tapi baru berkesempatan nak update and share dengan you all..senang kerja kami..kalau tak, setiap bulan at least 4 dozen air mineral 1.5 liter kami kena beli..sebabnya aku tak yakin dengan kebersihan air tanpa ditapis ni..nak2 aku ada anak kecil yang nak minum susu kan..mestilah aku kena bagi air yang bersih untuk mereka.. You all selalu tak menghadapi situasi di mana korang rasa kualiti air di rumah yang kadang kala dipenuhi keladak dan karat, terasa seperti air bercampur dengan klorin, air dimasuki serangga atau berbau lipas dan macam-macam lagilah..tapi, dengan adanya COWAY, korang boleh  hidup dengan lebih sihat beserta dengan penjimatan kos dan tenaga dengan mem...

♥Persiapan untuk Majlis Aqiqah & Dhani 1st Birthday♥

Entry kali ni adalah kesinambungan dari entry pasal majlis Aqiqah & 1st Birthday Dhani ..since ramai yang cakap rajinnya mommy buat candy table sendiri, goodies bag sendiri..so aku sajalah nak share dengan lebih detail escpecially pasal candy table aku yang tak sempat nak ambil pic beriya..hahaha.. Kebetulah masa tengah buat persiapan tu aku ada snap pic barang2 yang aku letak kat table tu, so boleh lah jadikan bahan bukti..hahaha... ♥Ni jelah yang sempat di snap kan..itu pun tak sempat letak birthday cake..huhu..Banner design by adik ipar aku.. Darul Design ..belon..mommy yang tiup..nasib baik 10 biji jer..kalau tak jenuh sampai kembung pipi..huhuhu... ♥ Okay..meh aku share kan sedikit barang2 yang aku letak atas candy table tu..mana tahu boleh tolong korang jadikan rujukan..yelah, dari tempah pada orang, baik buat sendiri..lebih murah dan puas hati.. ♥Air mineral & Susu Kotak dutch lady..aku letak 6 botol mineral & 8 kotak dutch lady jer..kedekut tak mo...