Hai..hai..hai...hari keempat kami di bumi Thai ini..kali ini kami akan menjelajah pulau-pulau yang sangat cantik dan indah di Krabi ni..adalah satu kemestian sekiranya kita ke Krabi ni..salah satu activity adalah Island Hoping..
Activity hari ini :-
Activity hari ini :-
♥♥Bamboo Island --> Viking Cave --> Pileh Bay --> Maya Bay --> Lohsamah Bay --> Hin Klang --> Monkey Beach --> Phi Phi Don (Lunch)♥♥
♥Pick up van akan datang ambil kami pukul 8.30 pagi..selepas breakfast, sementara tunggu pick up, kami bergambar dulu di sekitar Hotel..swimming pool dia memang awesome okay..cantik sangat dan sangat besar..kalau nak syok lagi, boleh ambil bilik yang connect dengan pool..dari dalam bilik jer boleh lompat terus masuk pool..hee..♥
♥Tepat pukul sembilan, semua dah berkumpul di tepi jeti..kami akan memulakan Island Hoping by Speed boat...mineral water yang sejuk dibekalkan..boleh ambil berapa saja yang diperlukan..♥
♥Destinasi pertama setelah lebih 40 minit mengaharungi lautan Andaman (betul ke tak ni..hahaha..)..kami sampai di Bamboo Island..♥
♥Bamboo Island ni sangat2 cantik..air jernih dan pasir pun warna putih..nyaman sangat..cuaca pun suam-suam kuku..hee..♥
♥Sempatlah Qeera main Sand Castle.. Dhani jer tak nak jejak pasir..huu..kami lepak Bamboo Island dekat 40 minit jugak..tak puas rasanya...♥
♥Destinasi kedua..melihat keindahan Viking Cave..tempat pengumpulan bird nest..sini tak turun, ambil gambar jer..memang cantik tempat dia..tapi aku ni camera woman tak professional..tak reti nak ambil dari sudut yang cantik..hahaha...♥
♥Destinasi ketiga juga hanyalah untuk scenery and sighseeing jer..nama tempat ni Pileh Bay..its a beautiful lagoon..tengok air dia biru kehijauan kan..cantik..♥
♥Destinasi Keempat adalah Maya Bay..tempat penggambaran cerita The Beach lakonan Leonardo Di Caprio tu..Dikelilingi gunung ganang dan pasir yang putih.. ♥
♥Maya Beach.nampak tak orang yang berdiri tu..di sebalik gunung tu lah tempat penggambaran The Beach jugak..tapi aku lupa nak melawat belakang dia..huhuhu...♥
♥Destinasi Kelima..Lohsamah Bay..untuk snorkelling..banyak sangat colorful fish and coral..tapi aku tak turun lah..husband aku jer..hee..aku snorkel dari atas jer..pun nampak banyak ikan-ikan nemo tu..hee...♥
♥Destinasi keenam pun tempat untuk snorkelling..Hin Klang..open sea snorkelling..dekat sini air dia lagi clear..sebab dah dekat dengan pantai..so pasir yang putih menjadikan air nampak jernih sangat..memang cantik...♥
♥Destinasi ketujuh.. Monkey Beach..sini kita tak turun okay..nanti kena serbu pulak dengan monyet-monyet tu..hee..diorang berhenti dari jauh jer bagi monkey makan..diorang bagi makan tembikai...pelik pula monkey makan tembikai..hee...ke aku yang tak tahu..hahaha...♥
♥Destinasi kelapan adalah Phi Phi Island..singgah untuk Lunch..kami makan di Maiyada Restoran and Resort..halal restauran..makanan sangat sedap okay..macam-macam ada..disebabkan kelaparan, lupa nak ambil pic hidangan buffet tu..hee...♥
♥Sementara menunggu ahli-ahli group yang lain habis makan, kami bergambar disekitar Phi Phi Island ni..masa nilah baru terasa yang diriku sudah terbakar..huwaaa...♥
♥Okay..moh ler kita pulang ke pangkal jalan..hee..tengok aksi dua beradik ni yang sudah kelesuan dan keletihan..♥
♥Alhamdulillah..kami sudah selamat tiba di Aonang Beach..kami di hantar ke hotel dengan menaiki Tuk Tuk yang besar macam lori..hee...♥
♥Sampai di hotel..masing-masing tak puas berendam lagi..kita rendam dalam swimming pool pulak...♥
♥Qeera and Dhani yang konon-konon dalam boat tadi macam penat sangat, nampak swimming pool terus segar..hmm...selesai mandi, kami balik bilik..rest...lewat sikit baru turun untuk dinner...♥
♥Malam tu..lepas maghrib kami keluar dinner..kali ni aku tak pasti kami dinner di mana..kami just drive and masuk ceruk-ceruk jalan..masa tuk tuk hantar guest ke hotel tu yang kami perasan ada banyak gerai makanan halal di sepanjang lorong tu..so kami gamble jer..food dia memang sedap..escpecially ice coffee..hee...♥
♥Lepas makan kami pergi shopping souvenir..esok dah nak tinggalkan Krabi...so, shopping puas-puas..hee...♥
♥Lepas shopping, dah hantar anak-anak balik hotel, aku ngan husband keluar balik pergi urut kaki..hee...sejam RM20 jer..best..hilang lenguh-lenguh di kaki..hahaha..♥
Okay..selesai sudah cerita kami untuk hari keempat ni..esok kami akan kembali ke Hatyai semula...kita sambung lagi yer nanti...♥♥♥
Okay..selesai sudah cerita kami untuk hari keempat ni..esok kami akan kembali ke Hatyai semula...kita sambung lagi yer nanti...♥♥♥
Comments
Post a Comment