Stars and Hearts

Pages

Friday 10 July 2015

♥Chicken Grill ala Kenny Rogers with Mushroom Sauce♥


Hai you all..hari ni aku nak share resepi baru lagi..ni second time aku try..1st time buat husband cakap sedap..boleh pergi jauh..so aku try lagi...

Lepas sahur tadi aku siapkan untuk marinate or perapkan ayam ni..nanti balik kerja aku tinggal nak bakar jer untuk berbuka nanti..

Okay..meh aku share bahan2 dia k..mana tahu ada sesaper nak buat jugak..sempat lagi ni perap before berbuka..hee..

Bahan-bahan Chicken Grill:-

A) Bahan asas

1) Ayam..ikut suka you all nak ayam bahagian mana..

B) Bahan perapan

1) Bawang besar sebiji
2) Bawang putih 2 ulas
3) Halia 1 inci
4) Serbuk lada hitam 2 sudu besar
5) Sos BBQ 3 sudu besar
6) Garam & Gula 1 sudu kecil
7) 100 ml air masak
**Kesemua bahan ini dikisar halus**

Cara-cara: 

1) Lumur ayam dengan madu
2) Tuang bahan perapan yang dikisar tadi ke dalam ayam
3) Tabur basil leave
4) Letak dalam chiller untuk di marinate kan..atleast 2 jam tau bagi bahan perapan meresap dalam ayam..
5) Untuk bakar nanti, suhu 200 darjah celcius, api atas bawah --> bakar selama sejam atau sejam setengah..ikut size ayam..
6) Lepas bakar 30 minit, tambahkan lebihan bahan perapan tdi ke atas ayam untuk elakkan ayam terlalu kering..

Mushroom Sauce:-

1) Setengah biji bawang holand & 5 biji cendawan butang dihiris nipis
2) Masukkan 2 sudu butter..kemudian tumis bawang & cendawan sehingga layu sedikit
3) Masukkan 1 kiub ayam knor & 2 cawan air..kacau sehingga sebati
4) Masukkan 5 sudu balance perapan ayam
5) Masukkan satu sudu serbuk lada hitam
6) Akhir sekali masukkan 2 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan air..kacau sehingga likat.

Mashed Potato :
1) Rebus 4 biji kentang yang sudah dipotong dadu.
2) Bila kentang empuk angkat dan toskan. Biar kentang sejuk sedikit.
3) Blend kentang bersama 1 sudu kecil butter, 3 sudu besar serbuk lada hitam, & 50 ml fresh milk.


Siap sudah..hiaskan hidangan anda bersama salad / tomata atau apa sahaja mengikut selera you all ok..

**SELAMAT MENCUBA**

Tuesday 7 July 2015

♥Bersahur dengan sausage roll♥

Hai you all..ini percubaan pertama update this blog guna my handphone..hee..tu yang saja upload citer2 simple..hee...

Since sekarang ni bulan puasa, memang selalu jer kita story or update citer pasal menu berbuka kan..jarang2 nak story menu sahur..haha...

Ok, kali ni aku nak share menu sahur aku yang paling simple..bangun kul 5 pagi pun sempat wei..sangat senang untuk disediakan..

1) Sapu butter pada roti dan masak atas kuali leper..
2) Lepas tu letak sikit butter dalam kuali..just golek2 kan sausage sampai masak..
3) Letaklah sos and mayonaise kat roti..pastu letak sausage..dan gulungkan roti..kalau suka sayur leh letak salad ker..
4) Potong dua roti yang digulung tu..siap..hee..abis licin lah and kenyang sampai berbuka..
Selamat mencuba you all..bye..